Friday, January 27, 2012

Marble Cake...

Seronok menghabiskan masa di dapur. Macam-macam boleh di masak.
Resepi demi resepi dicuba.
Dapur memang tempat membuat eksperimen kedua selepas makmal sains.

Jom cuba resepi hari ini!


Marble Cake


Bahan-bahan:

6 biji telur (putih dan kuning diasingkan)
2 cawan gula
3 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan margerin
2 sudu makan susu manis
Sedikit koko atau sebarang warna
1 camca kecil baking powder
1 camca kecil esen vanila


Cara memasak:
  1. Putih telur dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.
  2. Margerin dipukul berasingan sampai kembang.
  3. Campurkan kedua bahan tadi. Pukul bahan tadi. Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji hingga habis.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Akhir sekali masukkan tepung.
  6. Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur koko. Lapisan pertama 3 sudu makan dan lapisan seterusnya 2 sudu makan.
  7. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 40 minit atau sehingga masak.

Marble cake yang baru siap dibakar.


Fresh from oven!


**Gris loyang dengan mentega sebelum dibakar.
**Cucuk bahagian tengah kek untuk mengetahui sama ada bahagian dalamnya telah masak atau pun tidak.
**Panaskan ketuhar sebelum membakar.

Thursday, January 26, 2012

Simple Doughnut for Tea...

Holiday time!
It will be nice if you can cook and serve the dish yourself.
Try to make this simple doughnut. Its perfect for tea or breakfast.


SIMPLE DOUGHNUT


Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
4 sudu besar krimer pekat manis
3 sudu besar yis
7 sudu besar mentega
6 sudu besar gula icing
Sedikit garam
Setengah cawan air
Minyak masak secukupnya


Cara-cara:

  1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk. Masukkan mentega dan gaulkan bersama tepung dengan menggunakan tangan sehingga sebati.
  2. Masukkan yis ke dalam air. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan air yang telah dicampur dengan yis ke dalam tepung tadi. Gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan sedikit garam dan krimer pekat manis. Gaul sehingga sebati menggunakan tangan anda.
  5. Uli sehingga menjadi doh.
  6. Tutup doh dan biarkan doh selama setengah jam.
  7. Setelah cukup setengah jam, bentukkan doh bulat-bulat. Anda boleh menggunakan cetak donut yang dibeli siap atau bentukkan sendiri menggunakan kreativiti anda.
  8. Biarkan selama 5 - 10 minit sebelum digoreng untuk mendapatkan donut yang lebih lembut.
  9. Goreng donut tadi di dalam minyak masak yang telah dipanaskan sehingga berwarna kuning keemasan.
  10. Biarkan sebentar sebelum ia disira dengan gula icing.
  11. Sedia dihidangkan.


Doh yang telah dibentukkan bulat.


Donut yang sedang digoreng.

Tuesday, January 24, 2012

Family Event...

Majlis bersama keluarga memang sentiasa dinantikan setiap tahun.
Pada tahun 2012, acara dimulakan pada bulan Januari.
Majlis diadakan bertujuan untuk meraikan hari lahir ahli keluarga yang jatuh pada bulan Januari. Kebetulan pula ada cuti sempena Tahun Baru Cina. Maka ramai yang dapat pulang ke kampung halaman dan memeriahkan majlis.


Pelbagai acara diadakan sepanjang malam. Kemuncaknya adalah pembakaran bunga api 168 das. Sangat cantik dan mempesonakan.

Makanan yang dihidangkan juga tidak kurang hebatnya. BBQ ayam, ikan, udang dan sotong antara menu yang ada. Banyak lagi juadah lain yang disediakan. Tidak lupa, kek dua tingkat yang ditempah khas.

Kek khas buat mereka yang tersayang.

Makanan yang terhidang.

Thursday, January 12, 2012

2012

Salam 'alaik everybody!
Have a blast and wonderful year!
2012

Hope all of you will enjoy and get some benefit from this blog...
Stay tuned..