Hari Rabu lepas aku berkesempatan meluangkan masa bersama seorang teman untuk pergi menonton cerita "Syurga Cinta"...memang menarik cerita nie...mesejnye jelas..secara general..memang bagusla....
Lepas tengok tu..aku pun berbincang la dengan teman aku nie..cantik bercinta cara Islam..kami berdua tertarik dengan kata-kata watak atuk kepada Heliza dalam citer nie..
"Jodoh ada 3 jenis:
Yang pertama: Jodoh yang dibuat oleh syaitan...mula-mula lelaki jumpe perempuan..pastu jeling-menjeling..perempuan tu mengandung then kahwin..
Yang kedua: Jodoh yang dibuat oleh jin...mula-mula lelaki jumpe perempuan..tapi perempuan tu x nak kat die..pergi jumpe bomoh...then mereka berkahwin...
Yang ketiga: Jodoh yang diatur oleh Allah...lelaki jumpe perempuan..jeling-menjeling...terus lelaki tu masuk meminang dan nikah..."
Menarikkan? Sebelum tu..saya ada la baca beberapa bahan tentang cinta nie..saya rase mesti ramai yang pernah baca artikel dalam beberapa blog lain tentang cinta nie..
Pada pendapat saya..jangan la kita terlalu taksub untuk mencari kesempurnaan...sebagai remaja kita memang sukar nak mengelak dari perasaan nie..(secara general)..hal nie ada sangkut paut dengan keadaan hormon kite...kita juga nak bercinta in Islamic way..tapi buat yang memang dah terlanjur bercouple..then baru terbaca artikel-artikel macam tu..jangan drastik sangat sampai terus break...buat slow-slow...istiqamah yang penting...kita nie manusia...kita kena ingat..hati tu umpama raja dalam badan manusia...jangan la musnahkan sesuka hati..tapi didiklah hati tu...
kepada pasangan-pasangan bercinta...saya syorkan baca la buku "Tentang Cinta"...olahannya sangat menarik dan santai..kita kena la faham..ape sebenarnya yang kita expect dari relationship tu...fikir dulu sebelum bertindak...jangan menyesal kemudian..
Dari aku buat kamu.....
Cinta merupakan satu anugerah yang sangat bernilai dariNya. Di sebalik cinta insani, tersimpan cinta agung kepada Maha Pencipta. Kurniaan perasaan halus di dalam hati yang membuatkan kita buta. Namun sangat besar peranannya jika digunakan dengan betul. Cinta membangkitkan motivasi diri. Ia menjadi inspirasi untuk berjaya. Cinta boleh menghidupkan dan mematikan jiwa. Tanpa cinta, kita tidak kenal erti keikhlasan, kesabaran dan kesetiaan. Bukan hanya hubungan dengan manusia tetapi juga hubungan dengan al-Khaliq. Kerana cinta terlalu indah. Kekuatan cinta membakar jiwa. Tidak hairanlah jika ramai yang tersungkur kerana cinta. Namun begitu tidak kurang juga yang bangkit menongkah arus hidup dengan cinta mereka. Kehadiran seorang insan bergelar ‘kekasih’ cukup memberi impak. Mengubah suasana dan cara hidup seseorang. Itulah cinta….nikmat yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.