Stabaz '09.
Saturday, October 10, 2009
cOnvOcatiOn fiEsta @ IIUM (2nd dAy)
Stabaz '09.
Posted by Daeya at 12:11:00 AM 0 comments
Friday, August 7, 2009
Air dan Diet
Kita boleh mendapatkan tubuh langsing dengan cara mudah berikut:
Air Putih


Air putih sememangnya kaya dengan pelbagai jenis khasiat seperti membantu melembapkan kulitdan menjaga kesihatan tubuh badan. Pastikan pengambilan air putih sebanyak lapan gelas sehari agar anda terhindar dari dehidrasi selain dapat membantu melancarkan sistem di dalam tubuh badan.
Teh
Elakkan minuman ringan kerana ia berkalori tinggi. Anda harus memilih minuman yang menyihatkan seperti teh. Sejak dahulu lagi dipercayai bahawa teh mampu memecahkan lemakndan menjaga tubuh badan agar tetap ramping dan anda kelihatan segar dan cergas sepanjang hari. Teh juga kaya dengan antioksida melawan radikal bebas. Selain itu, dipercayai bahawa teh juga dapat mengurangkan risiko kanser.
Buah-buahan dan sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat yang diperlukan untuk melancarkan pembuangan sisa makanan dari dalam tubuh. Selain itu serat dapat menggantikan makanan berkalori tinggi untuk mengenyangkan perut. Bagi anda yang ingin mengekalkan keterampilan dan kesihatan diri adalah disyorkan untuk mengambil kandungan serat (fiber) yang banyak. Buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan herba sangat baik untuk tubuh anda. Serat berupaya membekalkan vitamin dan galian sangat seimbang. Selain daripada kekal cergas, ia juga dapat membantu menyahtoksin(detox), mengawal kegemukan, malangsingkan badan, meningkatkan metabolisme, dan mengatasi masalah sembelit.
Tepat pada waktu
Jangan suka menunda waktu makan. Jika perut kosong dan diri merasa sangat lapar akan membuatkan kita makan dalam jumlah banyak. Selain itu, anda juga digalakkan makan dalam kuantiti yang sedikit dan pastikan anda minum dalam jumlah yang mencukupi. Anda juga boleh mempratikkan makan di dalam pinggan yang kecil kerana secara tidak langsung ia mempengaruhi kuantiti makanan yang diambil.
Jauhi makanan segera
Sederhanakan diet anda dengan memfokuskan diet pada bahan makanan yang lebih semula jadi. Makanan segera sebenarnya tidak elok untuk tubuh badan kerana mengadungi bahan kimia dan pengawet yang tidak seharusnya berada dalam tubuh.
Posted by Daeya at 8:33:00 PM 0 comments
Saturday, July 25, 2009
pErjuMpaan kEcil-kEcilan di tImEs sQuarE..
Justeru peluang untuk berjumpa sekali-sekala sudah pasti sukar untuk dilepaskan. Apatah lagi ada yang bakal "terbang" untuk meneruskan perjuangan. Walaupun dulu kami tidak berada dalam kelas yang sama namun kami masih berkongsi guru yang sama.



"Inilah seleksi donut yang memikat hati"
Apabila melangkahkan kaki ke restoran tersebut, kami berasa agak teruja melihat donut-donut yang dipamerkan. Mungkin kerana lapar dan mungkin juga kerana bentuknya yang menarik. Kami juga membandingkannya dengan Big Apple dan Dunkin Doughnut. Sangkaan awal kami tentunya Krispy Kreme jauh lebih sedap. Namun setelah merasainya sendiri, ternyata ia agak mengecewakan. Coklat di atasnya lebih banyak gula berbanding gula dan rasanya terlalu manis.

"Ketika hendak merasainya...memang macam sedap.."

"sayangnya banyak sangat gula.."
Selepas beberapa lama menunggu, Ami datang ke tempat yang dijanjikan diikuti oleh Affy, Muhaimin, Izzat dan akhir sekali Faizul. Kami berbual-bual seketika di situ sebelum mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar Times Square dan seterusnya makan di tempat lain. Sudah pastinya kami memilih food court kerana banyak pilihan makanan yang disediakan di situ.Kami makan dan minum sambil berbual-bual tentang perkembangan masing-masing. Maklumlah dah lama tak berjumpa. Tentulah banyak cerita yang ingin dikongsi bersama.
" siap nak suap-suap lagi Ami dengan Arina ni.."
"selepas menjamu tekak masing-masing..."
Wajah-wajah kami setelah hampir tiga tahun meninggalkan alam persekolahan. Nampak matang tak??
Dari kiri (belakang) : Muhaimin, Izzat, Aku dan Faizul
Dari kiri (depan) : Ami, Affy dan Arina
Kami pulang ke kediaman dan hostel masing-masing selepas menunaikan solat asar.
"A friend is like a star.. You may not see it.. But it always there.."
Posted by Daeya at 8:18:00 AM 0 comments
Monday, July 6, 2009
semAnis kUrma..
Semanis Kurma adalah sebuah rancangan bual bicara yang disiarkan oleh anak syarikat Media Prima iaitu TV9. Rancangan yang sangat berinformasi ini dihoskan oleh Ustazah Bahiyah bersama dengan suaminya, Ustaz Akasyah..
Pertama kali menonton rancangan ini, hati saya terus jatuh cinta. Bak kata pepatah, jatuh cinta pandang pertama. Semanis Kurma mengupas pelbagai isu kekeluargaan disamping menerapkan unsur-unsur Islam di dalamnya.. Di akhir setiap episod, hosnya yang cantik itu akan memberikan beberapa potong doa atau ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Sungguh menarik...
Antara beberapa episod yang sempat saya tonton adalah episod yang bertajuk "Mencari Jodoh"..
Dengar tajuk sudah pun tertarik maka melekatlah saya menonton rancangan 1 jam itu. Kebanyakan anak muda zaman ini tidak mengetahui apakah yang sepatutnya mereka utamakan ketika mencari teman hidup. Hal ini kerana kurangnya pendedahan kepada mereka. Jadi dengan adanya rancangan seperti ini, dapatlah membantu mereka seterusnya dijadikan panduan.. Memang tidak rugi menonton rancangan ilmu ini.. Selain memberi tips-tips menarik yang boleh diamalkan, tetamu jemputan juga diundang dari kalangan artis untuk sama-sama berdiskusi mengenai topik tersebut.
Pian Cecupak yang telah menggemparkan negara beberapa tahun lalu kerana melakukan pembedahan plastik di beberapa bahagian di wajahnya pernah diundang ke program ini. Terserlah rasa bersalah di riak wajah Pian ketika mendengar ustaz dan ustazah berbicara tentang hukum mengubah ciptaan Allah. Beliau menagku bahawa beliau tidak lagi mengambil sebarang suntikan (BOTOX) pada mana-mana bahagian di badannya. Beliau juga sempat bertanya kepada pasangan pengacara tentang cara-cara melakukan solat sunat istikharah dan solat sunat taubat. Ustaz memberikan penerangan ringkas dan padat serta mudah difahami.
Tontonilah rancangan ini...lihatlah dengan mata hati..
Posted by Daeya at 2:08:00 PM 0 comments
Monday, June 1, 2009
cintA?
Dari aku buat kamu.....
Cinta merupakan satu anugerah yang sangat bernilai dariNya. Di sebalik cinta insani, tersimpan cinta agung kepada Maha Pencipta. Kurniaan perasaan halus di dalam hati yang membuatkan kita buta. Namun sangat besar peranannya jika digunakan dengan betul. Cinta membangkitkan motivasi diri. Ia menjadi inspirasi untuk berjaya. Cinta boleh menghidupkan dan mematikan jiwa. Tanpa cinta, kita tidak kenal erti keikhlasan, kesabaran dan kesetiaan. Bukan hanya hubungan dengan manusia tetapi juga hubungan dengan al-Khaliq. Kerana cinta terlalu indah. Kekuatan cinta membakar jiwa. Tidak hairanlah jika ramai yang tersungkur kerana cinta. Namun begitu tidak kurang juga yang bangkit menongkah arus hidup dengan cinta mereka. Kehadiran seorang insan bergelar ‘kekasih’ cukup memberi impak. Mengubah suasana dan cara hidup seseorang. Itulah cinta….nikmat yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.
Posted by Daeya at 8:46:00 PM 0 comments




