Wednesday, August 15, 2012

Blueberry Cheese Tart



Salam..maaflah...lama tak update blog ni..kurang kesempatan..

Resipi kali ini mungkin ramai dah pernah cuba buat. Tapi saya nak share juga. Semoga bermanfaat untuk semua.


BLUEBERRY CHEESE TART

Bahan-bahan:

Untuk kulit:
  • 500g tepung gandum
  • 250g mentega (sederhana lembut)
  • 120g gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh vanilin
  • 2 sudu makan air sejuk

Untuk filling:
  • 500g krim keju
  • 120g gula halus
  • 50g mentega/butter
  • Sebiji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Jem blueberry secukupnya

Cara memasak:

Untuk kulit:
  1. Satukan tepung gandum dan gula aising.
  2. Campurkan mentega dan gaulkan sehingga menjadi serbuk kasar.
  3. Masukkan esen vanila, vanilin, kuning telur dan air sejuk.
  4. Uli sehingga menjadi doh.
  5. Rehatkan selama 15 minit.
  6. Canaikan dan terapkan doh di dalam acuan tart. Bakar selama 10 minit atau sehingga masak pada suhu 180 darjah Celcius.
  7. Keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan.
Untuk filling:
  1. Pukul krim keju, mentega dan gula halus hingga kembang dan lembut.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam kulit tat.
  4. Kemudian paipkan jem blueberry di atas inti keju sebagai hiasan.
  5. Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah Celcius.



Cheese tart yang sudah siap dimasak.



Selamat mencuba!

No comments: