Dinner for today!
Mussel with lemongrass....
Bahan-bahan:
2 kg kepah
3 batang serai
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 sudu besar lada kering yang telah dikisar
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak
1 sudu besar gula
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Cara memasak:
- Bawang putih, bawang merah dan lada kering dikisar lumat.
- Batang serai dititik.
- Sementara itu, kukuskan kepah yang telah dibersihkan di dalam kukus selama 10 minit.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Setelah cukup panas, tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi.
- Masukkan sos tiram, kicap lemak, air, gula dan garam. Kacau dan biarkan mendidih.
- Masukkan serai. Kemudian, masukkan kepah yang telah dikukus tadi.
- Goreng sehingga sebati. Setelah itu, sedia dihidangkan.
Sedia untuk dimakan.
The real food taste good! It's super delicious.
Selamat mencuba! (^_^)
No comments:
Post a Comment