Thursday, June 14, 2012

Tart Buah-buahan

Lama dah teringin nak buat tapi selalu tak berkesempatan. Memandangkan kali ini saya mempunyai masa yang cukup maka peluang yang ada sudah pasti tidak disia-siakan. Masuk ke dapur dan cari bahan yang diperlukan. Kebiasaannya memang ada. Cuma perlu tambah mana yang dah tak ada je.

Pembukaan kedai menjual barangan untuk membuat kek dan pastri di pekan sudah pasti sesuatu yang mengujakan. Bahan-bahan lebih mudah diperolehi dan ini sangat menyeronokkan. 

Ayuh ke dapur!


Tart Buah-buahan

Bahan-bahan:

Untuk kulit:
  • 500g tepung gandum
  • 250g mentega (sederhana lembut)
  • 120g gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh vanilin
  • 2 sudu makan air sejuk
Untuk inti:
  • 200g coklat masakan (dicairkan)
  • 100g tepung kastad segera
  • 240ml air
  • Buah-buahan (Kiwi, strawberi, anggur)
Untuk jeli:
  • 250ml air
  • 80g gula pasir
  • 12g jeli segera

Cara memasak:

Untuk kulit:
  1. Satukan tepung gandum dan gula aising.
  2. Campurkan mentega dan gaulkan sehingga menjadi serbuk kasar.
  3. Masukkan esen vanila, vanilin, kuning telur dan air sejuk.
  4. Uli sehingga menjadi doh.
  5. Rehatkan selama 15 minit.
  6. Canaikan dan terapkan doh di dalam acuan tart. Bakar selama 10 minit atau sehingga masak pada suhu 180 darjah Celcius.
  7. Keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan.

Untuk inti:
  1. Satukan tepung kastad dan air di dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga pekat. Masukkan ke dalam beg piping.
  2. Sapu coklat masakan ke dalam beg piping.
  3. Susun buah-buahan di atas inti.

Untuk jeli:
  1. Masukkan jeli, air dan gula ke dalam periuk.
  2. Kacau sehingga mendidih di atas api yang kuat.
  3. Kacau lagi selama 5 minit di atas api sederhana.
  4. Padamkan api.
  5. Sapukan jeli di atas buah-buahan tadi.




Inilah hasilnya. 



Tart buah anggur, kiwi dan strawberi.



Adunan ini menghasilkan lebih kurang 90 biji tart.


Selamat mencuba! 
Hidangan menarik untuk sesiapa sahaja.




No comments: