Friday, August 7, 2009

Air dan Diet

Kita boleh mendapatkan tubuh langsing dengan cara mudah berikut:


Air Putih



Air putih sememangnya kaya dengan pelbagai jenis khasiat seperti membantu melembapkan kulitdan menjaga kesihatan tubuh badan. Pastikan pengambilan air putih sebanyak lapan gelas sehari agar anda terhindar dari dehidrasi selain dapat membantu melancarkan sistem di dalam tubuh badan.

Teh

Elakkan minuman ringan kerana ia berkalori tinggi. Anda harus memilih minuman yang menyihatkan seperti teh. Sejak dahulu lagi dipercayai bahawa teh mampu memecahkan lemakndan menjaga tubuh badan agar tetap ramping dan anda kelihatan segar dan cergas sepanjang hari. Teh juga kaya dengan antioksida melawan radikal bebas. Selain itu, dipercayai bahawa teh juga dapat mengurangkan risiko kanser.

Buah-buahan dan sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat yang diperlukan untuk melancarkan pembuangan sisa makanan dari dalam tubuh. Selain itu serat dapat menggantikan makanan berkalori tinggi untuk mengenyangkan perut. Bagi anda yang ingin mengekalkan keterampilan dan kesihatan diri adalah disyorkan untuk mengambil kandungan serat (fiber) yang banyak. Buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan herba sangat baik untuk tubuh anda. Serat berupaya membekalkan vitamin dan galian sangat seimbang. Selain daripada kekal cergas, ia juga dapat membantu menyahtoksin(detox), mengawal kegemukan, malangsingkan badan, meningkatkan metabolisme, dan mengatasi masalah sembelit.

Tepat pada waktu

Jangan suka menunda waktu makan. Jika perut kosong dan diri merasa sangat lapar akan membuatkan kita makan dalam jumlah banyak. Selain itu, anda juga digalakkan makan dalam kuantiti yang sedikit dan pastikan anda minum dalam jumlah yang mencukupi. Anda juga boleh mempratikkan makan di dalam pinggan yang kecil kerana secara tidak langsung ia mempengaruhi kuantiti makanan yang diambil.

Jauhi makanan segera

Sederhanakan diet anda dengan memfokuskan diet pada bahan makanan yang lebih semula jadi. Makanan segera sebenarnya tidak elok untuk tubuh badan kerana mengadungi bahan kimia dan pengawet yang tidak seharusnya berada dalam tubuh.