Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

gAin wEight....loSt wEight...



Bila tiba hujung-hujung semester, kerja mula membukit. Tekanan pun bertambah. Secara tak langsung, kesihatan juga mula terjejas sebab kekurangan tidur dan makan.

Ada sesetengah orang yang lebih banyak makan apabila stress. Bagi mereka, makan merupakan satu terapi untuk mengurangkan tekanan.

Ada juga yang hilang selera makan kerana penat berfikir. Bila nak siapkan yang ini, bila nak buat yang itu.

Saya ada sedikit tips untuk kawan-kawan. Walau macam mana pun cara anda, jangan tinggalkan sarapan pagi. Itulah pembekal tenaga. Waktu-waktu otak banyak digunakan ni, makanan berkhasiat sangat penting. Makanan juga perlu seimbang. Kalau rasa badan tak cukup zat, silalah beli sedikit suplemen tambahan. Bukan apa, badan ni kena jaga juga. Lama lagi kita nak guna. Ibarat sebuah kereta, enjin mesti kena jaga. Jangan body kereta je nampak berkilat, bila start enjinnya sangkut-sangkut. Air kosong juga sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi.

Kalau rasa betul-betul tak ada selera nak makan, saya sarankan anda berpuasa. Dengan cara ini, kita boleh menjaga kesihatan perut.
Kenapa??
Kalau kita tak puasa, kita dah ada jadual makan. Bila kita tak makan pada waktu yang tetap, kita senang untuk mendapat gastrik atau lain-lain penyakit berkaitan perut sebab waktu ni perut kita dah ready keluarkan enzim untuk pencernaan dan pemprosesan makanan yang dimakan. Bila kita puasa, indirectly, kita dah pun bagi direction pada perut supaya berehat pada hari tersebut.
Jadi, kuranglah risiko untuk diserang gastrik disebabkan jadual makan yang kucar-kacir.

Senaman juga perlu untuk mengekalkan kesihatan pada waktu sibuk ni. Tak perlulah terlalu proper. Cukup sekadar naik turun tangga setiap hari. Sekurang-kurangnya ada pergerakan fizikal untuk membantu jantung dan badan menjadi lebih sihat.

Akhir kata, teruskan cara anda. Tapi utamakan kesihatan kerana minda yang cerdas datang dari badan yang cergas.


Monday, November 22, 2010

mAkanAn hAti itu iLmU : kUnci kEjaYaAn


"Dunia ini bila suatu hari penuh dengan tawa ria
maka keesokan harinya akan penuh dengan tangisan
Alangkah buruknya negeri di dunia ini"


  • Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNya.
  • Kunci syurga adalah mengesakan Allah (tauhid)
  • Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhlukNya.
  • Kunci kebaikan adalah kejujuran.
  • Kunci kehidupan hati adalah merenungkan al-Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.
  • Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu bertanya dan mendengar dengan baik.
  • Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.
  • Kunci kebahagiaan adalah ketaqwaan.
  • Kunci bertambah nikmatnya adalah bersyukur.
  • Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi
  • Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa.


Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni
Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Friday, May 28, 2010

Tuesday, May 25, 2010

yOu're wHat yOu eAt..pArt 4





Bijirin

JAGUNG

Bijirin juga mempunyai banyak khasiatnya, antaranya ialah jagung atau nama saintifiknya Zea mays yang berasal dari keluarga Gramineae. Tumbuhan ini kaya dengan protein, vitamin B, kalsium, fosforus, zat besi dan sejenis minyak bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan. Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing.

Jagung dan produk jagung seperti emping, minyak, tepung dan kanji amat baik dimakan oleh mereka yang menghadapi masalah ketika membuang air kecil seperti kencing yang tidak dapat ditahan, kencing terlalu kerap, sakit ketika kencing dan radang pundi kencing. Kulit jagung pula berkesan untuk mengatasi kesulitan ketika membuang air kecil. Bulu jagung yang halus merangsang serta melawaskan kencing, menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Caranya ialah dengan merebus semangkuk bulu jagung dan dua gelas air. Biarkan airnya mendidih sehingga airnya kering menjadi kira-kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari. Kulit dan bulu jagung juga digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan bulu halus jagung itu ditumbuk halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering.

BARLI

Pokok barli yang berasal dari keluarga Gramineae, dikenali sebagai Hordeum vulgarae dari segi saintifiknya dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli sejenis bijirin yang kaya dengan protein dan vitamin E, banyak digunakan untuk membuat roti, minuman dan berbagai jenis makanan yang berkhasiat. Air rebusan barli baik untuk memulihkan tenaga bagi mereka yamg baru sembuh daripada penyakit. Ia menyejukan badan, melegakan sakit kerongkong dan amat berkesan untuk meredakan masalah perut meragam. Barli juga boleh menambah selera makan dan membantu proses penghadaman makanan. Ia digunakan dalam rawatan tradisional untuk melegakan penyakit bronkitis dan merupakan salah satu daripada ramuan-ramuan asas dalam penjagaan kulit muka.

KACANG SOYA

Kacang soya merupakan sejenis makanan popular di Malaysia. Bijirin ini digunakan oleh penduduk tempatan sama ada untuk membuat tempe, tauhu dan kicap, juga diproses untuk mendapatkan ‘susu’nya yang berkhasiat. Pokok kacang soya yang berasal daripada spesies Glycine max dalam keluargaLeguminosae, biasanya tumbuh rendang setinggi dua meter dan mengeluarkan bunga putih atau ungu. Kacang soya mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Kandungan kolesterol yang rendah dalam makanan yang diproses daripada kacang soya membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Sementara minyak yang diproses daripada bijirin ini mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan. Ia membantu peredaran darah, menghapuskan kesan-kesan keracunan makanan, meredakan demam dan bertindak sebagai penawar untuk keracunan makanan.

BADAM

Badam penting untuk kesihatn kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yamg tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.


Friday, May 21, 2010

yOu're wHat yOu eAt..pArt 3

Oranges

Nutrients
Calcium, phosphorus, beta charotene, folic acid, vitamin C


Benefits
Stimulating, tonifying, cleansing, internal antiseptic, stimulate peristalsis.


For more infomation about oranges health benefit. Just click the link below:

Wednesday, May 19, 2010

yOu're wHat yOu eAt..pArt 2



Coklat

Coklat mengandungi kafein di dalamnya. Ramai yang percaya, memakan coklat akan membuatkan muka ditumbuhi jerawat dan masalah kulit berminyak.

Coklat sebenarnya mempunyai bahan antioksidan seperti yang terdapat dalam buah dan sayuran. Bahan antioksidan ini amat penting untuk mencegah penyakit berbahaya seperti penyakit jantung dan kanser.

Lemak yang terdapat dalam coklat, tidaklah se’jahat’ mana kerana ia tidak meningkatkan kadar kolestrol anda.

Mood tidak baik? Ambillah coklat kerana ia meningkatkan tahap keceriaan seseorang. Coklat yang disarankan untuk anda adalah dark chocolate kerana kandungan coklat di dalamnya lebih tinggi berbanding mentega dan gula. Elakkan mengambil coklat dari jenis caramel, marshamallow atau berkacang.




Keju

Memang benar keju mengandungi kalori yang agak tinggi, namun ia kaya dengan kalsium.

Keju yang berasaskan susu amat baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi terutamanya bagi kanak-kanak.

Keju mempunyai sejenis asid iaitu linoleic yang dikatakan mampu mengurangkan risiko terkena kanser, penyakit jantung dan diabetes.

Asid linoleic juga mampu menyekat kenaikan berat badan kerana ia mencegah pengumpulan lemak di tubuh.

Keju sihat yang disarankan pengambilannya adalah seperti keju feta, cheddar dan parmesan.

Bagi yang sedang berdiet, goat cheese adalah yang terbaik! Jumlah kalorinya sebanyak 23 kcal kalori sahaja berbanding cheddar yang mempunyai sebanyak 114 kcal kalori.

Sunday, May 16, 2010

yOu're wHat yOu eAt..pArt 1



Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan
aliran haid dan air kencing.





Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah,
menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.







Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid
dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Tuesday, May 12, 2009

khAsiat mAkanAn....

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.


Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam

Saturday, May 9, 2009

Roti (khubz)


Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.


Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".