Thursday, June 3, 2010

mAsAk LeMak ciLi aPi iKaN mAsIn dEngAn nEnAs


Susah juga kalau jadi tukang masak di rumah, setiap hari perlu berfikir,
"Apa aku nak masak makan tengah hari nanti?"

Sesekali online mencari resipi baru sebagai variasi kepada pengetahuan yang sedia ada. Sesekali bertanya nenek atau makcik tentang petua-petua dalam masakan mereka.

Nenek pun berkata, "Lama tak makan masak lemak cili api ikan masin dengan nenas..."
Saya pun terus menghidupkan enjin motor dan bergerak terus ke kedai berhampiran untuk mencari ikan masin dan nenas.

Jadi saya rasa mahu berkongsi resipi ini dengan semua. Resipi dari nenek turun-temurun.



Masak Lemak Cili Api Ikan Masin dengan Nenas


Bahan-bahan:
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili api
1 ulas kunyit hidup (bersaiz sederhana)
1 biji nenas (separuh masak)
2 keping isi ikan masin

Cara-cara:
1. Bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api hendaklah dikisar bersama. Batang serai hendaklah dititikkan terlebih dahulu. Nenas hendaklah dipotong kecil-kecil.
2. Masukkan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk dan biarkan sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan santan cair dan kacau perlahan. Masukkan ikan masin yang dihiris kecil-kecil ke dalam periuk.
4. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan. Setelah itu, masukkan daun kunyit dan batang serai.
5. Masukkan buah nenas setelah kuah tadi mendidih buat kali pertama. Kacau perlahan untuk mengelakkan pecah minyak.
6. Biarkan mendidih sekali lagi dan juadah ini sedia dihidangkan.



***Tips Memasak:
- Menurut petua orang tua-tua, masakan akan menjadi lebih pedas sekiranya bilangan cili yang digunakan adalah ganjil.
- Apabila nenas digunakan dalam masakan ini, asam jawa atau asam keping tidak diperlukan kerana buah nenas telah memberi rasa masam ke dalam kuah.
- Garam tidak perlu ditambah lagi kerana ikan masin telah memberikan rasa masin dalam masakan anda.
- Serbuk kunyit juga boleh digunakan sebagai pengganti kunyit hidup.
- Jenis ikan masin yang ingin digunakan bergantung kepada citarasa anda. Ikan masin yang biasa digunakan ialah ikan kapak, ikan sepat, dan ikan tenggiri.

Wednesday, June 2, 2010

puLuT kUniNg tRadiSi mElaYu


Pulut kuning merupakan makanan yang disajikan pada hari-hari istimewa bagi orang Melayu. Contohnya seperti majlis perkahwinan, kenduri dan juga majlis menyambut ulang tahun.
Pulut kuning juga merupakan resipi turun-temurun. Pada zaman dahulu, pulut kuning turut menjadi sajian wajib ketika membuang ancak. Namun amalan ini telah lama ditinggalkan sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu.

Pulut kuning sempena meraikan sambutan Hari Ibu dan YB Senator Hajah Noriah bt Mahat di Dewan Seri Pekembar, Pagoh, Muar, Johor.


Pulut kuning sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.




Resipi Pulut Kuning

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara:

1.Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker

2.Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak.

3.Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis.

4.Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
Selamat mencuba!

Friday, May 28, 2010

Tuesday, May 25, 2010

yOu're wHat yOu eAt..pArt 4





Bijirin

JAGUNG

Bijirin juga mempunyai banyak khasiatnya, antaranya ialah jagung atau nama saintifiknya Zea mays yang berasal dari keluarga Gramineae. Tumbuhan ini kaya dengan protein, vitamin B, kalsium, fosforus, zat besi dan sejenis minyak bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan. Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing.

Jagung dan produk jagung seperti emping, minyak, tepung dan kanji amat baik dimakan oleh mereka yang menghadapi masalah ketika membuang air kecil seperti kencing yang tidak dapat ditahan, kencing terlalu kerap, sakit ketika kencing dan radang pundi kencing. Kulit jagung pula berkesan untuk mengatasi kesulitan ketika membuang air kecil. Bulu jagung yang halus merangsang serta melawaskan kencing, menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Caranya ialah dengan merebus semangkuk bulu jagung dan dua gelas air. Biarkan airnya mendidih sehingga airnya kering menjadi kira-kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari. Kulit dan bulu jagung juga digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan bulu halus jagung itu ditumbuk halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering.

BARLI

Pokok barli yang berasal dari keluarga Gramineae, dikenali sebagai Hordeum vulgarae dari segi saintifiknya dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli sejenis bijirin yang kaya dengan protein dan vitamin E, banyak digunakan untuk membuat roti, minuman dan berbagai jenis makanan yang berkhasiat. Air rebusan barli baik untuk memulihkan tenaga bagi mereka yamg baru sembuh daripada penyakit. Ia menyejukan badan, melegakan sakit kerongkong dan amat berkesan untuk meredakan masalah perut meragam. Barli juga boleh menambah selera makan dan membantu proses penghadaman makanan. Ia digunakan dalam rawatan tradisional untuk melegakan penyakit bronkitis dan merupakan salah satu daripada ramuan-ramuan asas dalam penjagaan kulit muka.

KACANG SOYA

Kacang soya merupakan sejenis makanan popular di Malaysia. Bijirin ini digunakan oleh penduduk tempatan sama ada untuk membuat tempe, tauhu dan kicap, juga diproses untuk mendapatkan ‘susu’nya yang berkhasiat. Pokok kacang soya yang berasal daripada spesies Glycine max dalam keluargaLeguminosae, biasanya tumbuh rendang setinggi dua meter dan mengeluarkan bunga putih atau ungu. Kacang soya mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Kandungan kolesterol yang rendah dalam makanan yang diproses daripada kacang soya membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Sementara minyak yang diproses daripada bijirin ini mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan. Ia membantu peredaran darah, menghapuskan kesan-kesan keracunan makanan, meredakan demam dan bertindak sebagai penawar untuk keracunan makanan.

BADAM

Badam penting untuk kesihatn kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yamg tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.


Friday, May 21, 2010

yOu're wHat yOu eAt..pArt 3

Oranges

Nutrients
Calcium, phosphorus, beta charotene, folic acid, vitamin C


Benefits
Stimulating, tonifying, cleansing, internal antiseptic, stimulate peristalsis.


For more infomation about oranges health benefit. Just click the link below: