Monday, June 1, 2009

cintA?

Hari Rabu lepas aku berkesempatan meluangkan masa bersama seorang teman untuk pergi menonton cerita "Syurga Cinta"...memang menarik cerita nie...mesejnye jelas..secara general..memang bagusla....
Lepas tengok tu..aku pun berbincang la dengan teman aku nie..cantik bercinta cara Islam..kami berdua tertarik dengan kata-kata watak atuk kepada Heliza dalam citer nie..
"Jodoh ada 3 jenis:
Yang pertama: Jodoh yang dibuat oleh syaitan...mula-mula lelaki jumpe perempuan..pastu jeling-menjeling..perempuan tu mengandung then kahwin..
Yang kedua: Jodoh yang dibuat oleh jin...mula-mula lelaki jumpe perempuan..tapi perempuan tu x nak kat die..pergi jumpe bomoh...then mereka berkahwin...
Yang ketiga: Jodoh yang diatur oleh Allah...lelaki jumpe perempuan..jeling-menjeling...terus lelaki tu masuk meminang dan nikah..."
Menarikkan? Sebelum tu..saya ada la baca beberapa bahan tentang cinta nie..saya rase mesti ramai yang pernah baca artikel dalam beberapa blog lain tentang cinta nie..
Pada pendapat saya..jangan la kita terlalu taksub untuk mencari kesempurnaan...sebagai remaja kita memang sukar nak mengelak dari perasaan nie..(secara general)..hal nie ada sangkut paut dengan keadaan hormon kite...kita juga nak bercinta in Islamic way..tapi buat yang memang dah terlanjur bercouple..then baru terbaca artikel-artikel macam tu..jangan drastik sangat sampai terus break...buat slow-slow...istiqamah yang penting...kita nie manusia...kita kena ingat..hati tu umpama raja dalam badan manusia...jangan la musnahkan sesuka hati..tapi didiklah hati tu...
kepada pasangan-pasangan bercinta...saya syorkan baca la buku "Tentang Cinta"...olahannya sangat menarik dan santai..kita kena la faham..ape sebenarnya yang kita expect dari relationship tu...fikir dulu sebelum bertindak...jangan menyesal kemudian..

Dari aku buat kamu.....

Cinta merupakan satu anugerah yang sangat bernilai dariNya. Di sebalik cinta insani, tersimpan cinta agung kepada Maha Pencipta. Kurniaan perasaan halus di dalam hati yang membuatkan kita buta. Namun sangat besar peranannya jika digunakan dengan betul. Cinta membangkitkan motivasi diri. Ia menjadi inspirasi untuk berjaya. Cinta boleh menghidupkan dan mematikan jiwa. Tanpa cinta, kita tidak kenal erti keikhlasan, kesabaran dan kesetiaan. Bukan hanya hubungan dengan manusia tetapi juga hubungan dengan al-Khaliq. Kerana cinta terlalu indah. Kekuatan cinta membakar jiwa. Tidak hairanlah jika ramai yang tersungkur kerana cinta. Namun begitu tidak kurang juga yang bangkit menongkah arus hidup dengan cinta mereka. Kehadiran seorang insan bergelar ‘kekasih’ cukup memberi impak. Mengubah suasana dan cara hidup seseorang. Itulah cinta….nikmat yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.

hOw aRe U??

Assalamualaikum buat semua yang membaca blog aku nie..
sowey la ye..dah lame x update..bukannye xnk update cume..ada sedikit kekangan masa..hihi..aku ase...lepas nie...InsyaAllah..aku akan muatkan beberapa info tentang buku-buku yanga aku dah baca..bukan ape...sekadar nak berkongsi...ye la kan..ada yang kita taw..orang lain lum taw..or ada orang lain taw..yg kita x taw...hope blog nie dapat diajadikan medium untuk berkongsi...


Mesti pelik sikit kan? Sebab sebelum nie aku asyik la citer pasal makanan..then tetibe nak citer psal buku dan sebagainya..hihi..nie sebenarnya makanan untuk hati dan minda..jangan perut je nak isi...nanti merana badan...sebahagiannya terlalu penuh tapi sebahagiannya terlalu kosong..biarla balance keduanya..baru cantik...baru menarik...


Teruskan la membaca blog nie..tinggalkan komen2 anda jika ada pendapat yang nak dikongsi ngan aku...Give n take..

Tuesday, May 12, 2009

khAsiat mAkanAn....

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.


Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam

Monday, May 11, 2009

kEnapA mAkanAn??

Pasti ada yang tertanya-tanya kenape aku pilih makanan sebagai tema blog aku nie..


Jawapannya cukup simple...
kerana makanan dan manusia tidak boleh dipisahkan selagi manusia tu idup..


Selain tu, makanan ni unik..ada macam-macam jenis..makanan jugak boleh memberi gambaran identiti sesuatu negara dan kaum..contohnye....
Kalau kita cakap sushi pastinye negara Jepun sudah terbayang di minda..
Lemang atau ketupat beserta rendang sememangnye cukup sinonim dengan orang Melayu..
Kuih Bulan pula terkenal di kalangan masyarakat Cina..
Masyarakat India lebih menggemari dhal dan tosai..
Pizza dan pasta dari Itali juga terkenal seantero dunia..
Menarik kan??



Pada aku la...secara personal..
Kita boleh mengenali budaya sesuatu kaum or negara melalui makanannya..
Kita boleh kenal personaliti seseorang melalui makanannya..
Kita boleh ingat orang tersayang bile kita tengok makanan yang digemarinye..
Kita boleh tunjukkan kasih sayang melalui masakan kita..
Ada kaitan dengan makanan kan??
Sebab tu la aku lebih senang bercerita tentang pengalaman idup aku bila mengaitkannya dengan makanan..

Setiap individu ada pendapat sendiri..
Share la pendapat korang dengan aku yea??

Sunday, May 10, 2009

mOthEr's dAy spEciaL

"Kasihmu ibu membawa ke syurga.."

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ...mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.002) Tolong jaga adik : RM4..003) Tolong buang sampah : RM1.004) Tolong kemas bilik : RM2.005) Tolong siram bunga : RM3.006) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.



**pesanan: keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa...jgn tggu smpai mereka xde baru nk menyesal..kelak neraka menanti dan hidup x harmoni...zaman sekarang Allah balas semuanya 'cash'...ari nie kite lupe mak kite...jgn terkejut kalo esok...anak kite lupekan kite plak...fikirkanlah wahai insan yg mempunyai hati...wassalam...