Beberapa bulan lepas, saya ada menyertai perkhemahan wajib untuk subjek Recreation 1. Seronok sekali. Setiap kumpulan bebas untuk menentukan menu masing-masing. Pelbagai juadah disediakan sepanjang perkhemahan. Ada kumpulan yang menyediakan spagetti sebagai santapan. Bagaikan ada pesta di tapak perkhemahan apabila tiba waktu memasak. Semua mengambil bahagian tidak kira lelaki ataupun perempuan. Semangat kerjasama dan setiakawan terlihat di mana-mana.
Resipi sarapan pagi kumpulan saya pada hari pertama ialah sandwich telur dan sardin. Sarapan pada hari kedua pula ialah cucur ikan bilis bersama kentang, cili dan bawang. Sungguh menyelerakan. Ini resipinya.
Resipi sarapan pagi kumpulan saya pada hari pertama ialah sandwich telur dan sardin. Sarapan pada hari kedua pula ialah cucur ikan bilis bersama kentang, cili dan bawang. Sungguh menyelerakan. Ini resipinya.
CUCUR IKAN BILIS BERSAMA KENTANG, CILI DAN BAWANG
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
3 biji kentang
5 biji lada merah
2 biji bawang besar
150 g ikan bilis
1 jag air
Garam secukup rasa
Cara membuat:
Selamat mencuba!! Resipi semasa berkhemah ini..
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
3 biji kentang
5 biji lada merah
2 biji bawang besar
150 g ikan bilis
1 jag air
Garam secukup rasa
Cara membuat:
- Hiris lada merah dan bawang besar. Kentang dipotong dadu.
- Masukkan tepung ke dalam bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit. Gaulkan bersama sehingga menjadi adunan lembut.
- Masukkan sedikit garam. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan lada merah, kentang, ikan bilis dan bawang besar. Gaulkan bersama.
- Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan adunan dengan menggunakan sudu ke dalam kuali. Goreng adunan tadi sehingga kekuningan.
- Hidangan ini boleh dihidangkan bersama sos.
Selamat mencuba!! Resipi semasa berkhemah ini..