Rasa sayang tengok butter yang tak digunakan dalam peti sejuk. Terasa nak buat kek, tapi butter tu tak mencukupi. Tiba-tiba teringat pula resepi kek batik. Mudah dan senang. Bahan-bahan lain memang dah sentiasa ada di rumah. Sukanya!!

Kek Batik
Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan Milo
1 tin susu pekat
200g butter atau mentega
1 pek biskut Marie
Cara-cara menyediakan:
- Panaskan periuk. Kemudian masukkan butter ke dalam periuk. Biarkan sehingga cair sepenuhnya.
- Masukkan serbuk koko, Milo dan susu pekat. Kacau supaya tidak bergentel.
- Apabila semuanya sebati, padamkan api. Masukkan biskut Marie yang telah dihancurkan ke dalam adunan dan kacau rata.
- Setelah itu, masukkan adunan di dalam loyang. Padatkan adunan dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Inilah hasilnya setelah disejukkan.
***Kurangkan susu jika tidak mahu terlalu manis.