Apam Polka Dot bagaikan menjadi satu fenomena. Enak dimakan dan rupanya juga comel. Sangat sesuai dijadikan hadiah dan cenderahati. Bagi yang mahu menjana pendapatan, ia juga boleh dijadikan perniagaan.
Di sini saya ingin berkongsi resepi apam polka dot bersama anda semua.
Apam Polka Dot
Bahan-bahan:
3 biji telur Gred A
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
Filling - jem blueberry, nenas atau mengikut cita rasa anda
Pewarna
Paper cup
Cara-cara memasak:
Di sini saya ingin berkongsi resepi apam polka dot bersama anda semua.
Apam Polka Dot
Bahan-bahan:
3 biji telur Gred A
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
Filling - jem blueberry, nenas atau mengikut cita rasa anda
Pewarna
Paper cup
Cara-cara memasak:
- Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
- Masukkan susu dan pukul lagi.
- Setelah sebati, masukkan tepung dan baking powder. Pukul sehingga rata.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan adunan mengikut citarasa.
- Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag.
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (paper cup) setengah sahaja. Masukkan filing ke dalamnya.
- Picitkan lagi adunan yang sama atau warna yang berbeza sehingga penuh.
- Kemudian dot-dot kan dengan warna yang berbeza. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
2 comments:
wow...! looks delly hmm..
wanna try this, wait for Aussie version *raya nanti la..hihi
mmg best zaira..try it..=)
Post a Comment