Rewang atau bergotong-royong biasa diamalkan oleh masyarakat Melayu di kampung-kampung ketika kenduri-kendara. Seronok apabila dapat bertemu rakan taulan dan penduduk kampung sambil melakukan pelbagai kerja bersama-sama. Konsep ini diadaptasi di dalam salah satu program semasa AikolFest berlangsung.
Kemeriahannya bertambah dengan kehadiran pensyarah-pensyarah yang turut serta melapah daging dan memasak. Para pelajar yang terlibat bekerjasama menyiapkan bahan-bahan untuk memasak. Pelajar lelaki melapah daging manakala pelajar perempuan pula memotong bawang, kentang dan sebagainya.
Ukhuwah yang terjalin hanya di dalam kelas dapat dirapatkan lagi melalui aktiviti seperti ini. Semoga kerjasama yang diberikan akan berterusan di masa akan datang.
Galeri Gambar
"Yang ini saya punya...yang itu kamu punya.."
"Apa juadah kita malam ni?"
Semuanya bekerja bersama-sama.
Mengupas dan memotong bawang. Sempat bagi special pose lagi.
Melapah daging lembu dengan tekun.
Menjamu selera bersama-sama.
No comments:
Post a Comment