Semanis Kurma adalah sebuah rancangan bual bicara yang disiarkan oleh anak syarikat Media Prima iaitu TV9. Rancangan yang sangat berinformasi ini dihoskan oleh Ustazah Bahiyah bersama dengan suaminya, Ustaz Akasyah..
Pertama kali menonton rancangan ini, hati saya terus jatuh cinta. Bak kata pepatah, jatuh cinta pandang pertama. Semanis Kurma mengupas pelbagai isu kekeluargaan disamping menerapkan unsur-unsur Islam di dalamnya.. Di akhir setiap episod, hosnya yang cantik itu akan memberikan beberapa potong doa atau ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Sungguh menarik...
Antara beberapa episod yang sempat saya tonton adalah episod yang bertajuk "Mencari Jodoh"..
Dengar tajuk sudah pun tertarik maka melekatlah saya menonton rancangan 1 jam itu. Kebanyakan anak muda zaman ini tidak mengetahui apakah yang sepatutnya mereka utamakan ketika mencari teman hidup. Hal ini kerana kurangnya pendedahan kepada mereka. Jadi dengan adanya rancangan seperti ini, dapatlah membantu mereka seterusnya dijadikan panduan.. Memang tidak rugi menonton rancangan ilmu ini.. Selain memberi tips-tips menarik yang boleh diamalkan, tetamu jemputan juga diundang dari kalangan artis untuk sama-sama berdiskusi mengenai topik tersebut.
Pian Cecupak yang telah menggemparkan negara beberapa tahun lalu kerana melakukan pembedahan plastik di beberapa bahagian di wajahnya pernah diundang ke program ini. Terserlah rasa bersalah di riak wajah Pian ketika mendengar ustaz dan ustazah berbicara tentang hukum mengubah ciptaan Allah. Beliau menagku bahawa beliau tidak lagi mengambil sebarang suntikan (BOTOX) pada mana-mana bahagian di badannya. Beliau juga sempat bertanya kepada pasangan pengacara tentang cara-cara melakukan solat sunat istikharah dan solat sunat taubat. Ustaz memberikan penerangan ringkas dan padat serta mudah difahami.
Tontonilah rancangan ini...lihatlah dengan mata hati..
No comments:
Post a Comment