Thursday, February 24, 2011

cHeEse cAke...aNothEr vErsion....


Ada macam-macam cara nak buat cheese cake. Boleh pilih ikut suka hati. Saya dapat resepi senang ni dari seorang sahabat. First time dia bagi rasa, terus saya mintak resepi. Memang sangat senang dan cepat. Sedap lagi. Seronok rasanya bila tengok orang lain suka makan apa yang kita masak.



CHOC CHIP CHEESE CAKE


Bahan-bahan:

1 tin kecil susu pekat
250g Philadelphia Cheese
1 pek salt cheese biscuit
100g coklat chip


Cara penyediaan:
  1. Pukul cheese sehingga lembut bersama susu pekat.
  2. Patah-patahkan biskut.
  3. Masukkan biskut ke dalam adunan cheese tadi dan gaulkan. Kemudian masukkan coklat chip. Gaulkan hingga sebati.
  4. Setelah itu, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan sedikit.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk semalaman dan sedia untuk dimakan.

Senang je kan? Apa lagi, bolehlah cuba lepas ni.
Selamat mencuba!!


Kek yang dah dipotong kecil-kecil.


Kek hari jadi untuk kawan adik saya yang datang bermalam kat rumah saya. Topping atas tu guna milo dengan gula manik-manik. Simple.

Wednesday, February 23, 2011

gAin wEight....loSt wEight...



Bila tiba hujung-hujung semester, kerja mula membukit. Tekanan pun bertambah. Secara tak langsung, kesihatan juga mula terjejas sebab kekurangan tidur dan makan.

Ada sesetengah orang yang lebih banyak makan apabila stress. Bagi mereka, makan merupakan satu terapi untuk mengurangkan tekanan.

Ada juga yang hilang selera makan kerana penat berfikir. Bila nak siapkan yang ini, bila nak buat yang itu.

Saya ada sedikit tips untuk kawan-kawan. Walau macam mana pun cara anda, jangan tinggalkan sarapan pagi. Itulah pembekal tenaga. Waktu-waktu otak banyak digunakan ni, makanan berkhasiat sangat penting. Makanan juga perlu seimbang. Kalau rasa badan tak cukup zat, silalah beli sedikit suplemen tambahan. Bukan apa, badan ni kena jaga juga. Lama lagi kita nak guna. Ibarat sebuah kereta, enjin mesti kena jaga. Jangan body kereta je nampak berkilat, bila start enjinnya sangkut-sangkut. Air kosong juga sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi.

Kalau rasa betul-betul tak ada selera nak makan, saya sarankan anda berpuasa. Dengan cara ini, kita boleh menjaga kesihatan perut.
Kenapa??
Kalau kita tak puasa, kita dah ada jadual makan. Bila kita tak makan pada waktu yang tetap, kita senang untuk mendapat gastrik atau lain-lain penyakit berkaitan perut sebab waktu ni perut kita dah ready keluarkan enzim untuk pencernaan dan pemprosesan makanan yang dimakan. Bila kita puasa, indirectly, kita dah pun bagi direction pada perut supaya berehat pada hari tersebut.
Jadi, kuranglah risiko untuk diserang gastrik disebabkan jadual makan yang kucar-kacir.

Senaman juga perlu untuk mengekalkan kesihatan pada waktu sibuk ni. Tak perlulah terlalu proper. Cukup sekadar naik turun tangga setiap hari. Sekurang-kurangnya ada pergerakan fizikal untuk membantu jantung dan badan menjadi lebih sihat.

Akhir kata, teruskan cara anda. Tapi utamakan kesihatan kerana minda yang cerdas datang dari badan yang cergas.


Sunday, February 13, 2011

pAncAke...eAsy tO sErve..niCe to eAt...


Kalau ada di rumah, selalunya saya tak melepaskan peluang untuk menyediakan minum petang. Ada saja resipi yang dicuba. Pancake memang sedap dihidangkan bersama secawan teh atau kopi panas. Lebih enak jika dinikmati bersama peanut butter, madu dan jem buah-buahan. Mudah disediakan dan praktikal terutamanya jika mahu sedikit kelainan.


Easy Pancake


Bahan-bahan:

1 cawan susu segar
1 cawan all-purpose flour
1 sudu baking powder
1 sudu minyak masak
1 sudu esen vanilla
1 biji telur
1 sudu gula
Secubit garam

Cara membuat:
  1. Pukul telur bersama susu segar, minyak masak, esen vanilla, gula dan garam.
  2. Kemudian, masukkan tepung dan baking powder.
  3. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul-ketul.
  4. Gunakan "non-stick pan" untuk memasak. (Minyak masak tidak diperlukan)
  5. Angkat pancake setelah ia kekuningan.
  6. Sedia dihidangkan mengikut cita rasa.
Selamat mencuba!!