Monday, June 18, 2012

Kepah Goreng Serai

Dinner for today!
Mussel with lemongrass....


Bahan-bahan:

2 kg kepah
3 batang serai
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 sudu besar lada kering yang telah dikisar
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak
1 sudu besar gula
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam


Cara memasak:
  1. Bawang putih, bawang merah dan lada kering dikisar lumat.
  2. Batang serai dititik.
  3. Sementara itu, kukuskan kepah yang telah dibersihkan di dalam kukus selama 10 minit.
  4. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Setelah cukup panas, tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. 
  5. Masukkan sos tiram, kicap lemak, air, gula dan garam. Kacau dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan serai. Kemudian, masukkan kepah yang telah dikukus tadi.
  7. Goreng sehingga sebati. Setelah itu, sedia dihidangkan.




Sedia untuk dimakan.



The real food taste good! It's super delicious.

Selamat mencuba! (^_^)

Thursday, June 14, 2012

Nasi Minyak Air Sirap

Nasi minyak dan air sirap bagaikan menu wajib di majlis perkahwinan. Mungkin di zaman yang serba canggih dan moden ini banyak menu lain menjadi pilihan namun kedua hidangan ini masih lagi mendapat sambutan. 

Cukup simbolik apabila dalam satu soalan terdapat kata-kata ini, "Bila pula nak merasa nasi minyak kamu?"

Bagi masyarakat Melayu khususnya, pertanyaan seperti ini merujuk tentang perkahwinan. Masyarakat yang sangat kaya dengan kiasan sampai kadang-kadang sukar untuk difahami maksudnya. Anak gadis dan teruna yang sudah mempunyai pilihan hati pasti saja dengan senyum simpul menjawab tanpa ragu-ragu namun bagi yang masih solo hanya jawapan ringkas diberikan. Orang-orang tua menjadikan soalan itu sebagai gurauan apabila bertemu anak-anak muda. Sungguh menarik barangkali. 


Kini nasi minyak dan air sirap boleh didapati di mana-mana kedai  yang menyediakannya sebagai hidangan  untuk makan tengah hari. Tidak seperti suatu masa dahulu, di mana nasi minyak  hanya boleh didapati di majlis kenduri kahwin sahaja. Hal inilah yang menjadikan nasi minyak begitu istimewa.  Walaupun begitu ,tidak bermakna nasi minyak sekarang sudah tidak istimewa. Keistimewaannya tetap kekal apabila dinikmati di rumah pengantin baik di sebelah lelaki mahupun perempuan. 

 Jadi jika selepas ini ada orang bercerita kisah "Nasi Minyak Air Sirap" janganlah anda tertanya-tanya tentang isu apa yang sedang dibincangkan. Saya tidak mempunyai kepakaran tentang resepi memasak nasi minyak jadi perkongsian ini mungkin agak terhad. Bagi saya, secara peribadi, nasi minyak dan air sirap sangat enak dinikmati. Namun apabila soalan tentangnya diajukan kepada saya maka dengan mudahnya saya hanya mendiamkan diri dan tersenyum. Tidak mahu memberi sebarang komen. 

Tart Buah-buahan

Lama dah teringin nak buat tapi selalu tak berkesempatan. Memandangkan kali ini saya mempunyai masa yang cukup maka peluang yang ada sudah pasti tidak disia-siakan. Masuk ke dapur dan cari bahan yang diperlukan. Kebiasaannya memang ada. Cuma perlu tambah mana yang dah tak ada je.

Pembukaan kedai menjual barangan untuk membuat kek dan pastri di pekan sudah pasti sesuatu yang mengujakan. Bahan-bahan lebih mudah diperolehi dan ini sangat menyeronokkan. 

Ayuh ke dapur!


Tart Buah-buahan

Bahan-bahan:

Untuk kulit:
  • 500g tepung gandum
  • 250g mentega (sederhana lembut)
  • 120g gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh vanilin
  • 2 sudu makan air sejuk
Untuk inti:
  • 200g coklat masakan (dicairkan)
  • 100g tepung kastad segera
  • 240ml air
  • Buah-buahan (Kiwi, strawberi, anggur)
Untuk jeli:
  • 250ml air
  • 80g gula pasir
  • 12g jeli segera

Cara memasak:

Untuk kulit:
  1. Satukan tepung gandum dan gula aising.
  2. Campurkan mentega dan gaulkan sehingga menjadi serbuk kasar.
  3. Masukkan esen vanila, vanilin, kuning telur dan air sejuk.
  4. Uli sehingga menjadi doh.
  5. Rehatkan selama 15 minit.
  6. Canaikan dan terapkan doh di dalam acuan tart. Bakar selama 10 minit atau sehingga masak pada suhu 180 darjah Celcius.
  7. Keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan.

Untuk inti:
  1. Satukan tepung kastad dan air di dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga pekat. Masukkan ke dalam beg piping.
  2. Sapu coklat masakan ke dalam beg piping.
  3. Susun buah-buahan di atas inti.

Untuk jeli:
  1. Masukkan jeli, air dan gula ke dalam periuk.
  2. Kacau sehingga mendidih di atas api yang kuat.
  3. Kacau lagi selama 5 minit di atas api sederhana.
  4. Padamkan api.
  5. Sapukan jeli di atas buah-buahan tadi.




Inilah hasilnya. 



Tart buah anggur, kiwi dan strawberi.



Adunan ini menghasilkan lebih kurang 90 biji tart.


Selamat mencuba! 
Hidangan menarik untuk sesiapa sahaja.




Pengat Durian

Musim durian tiba lagi. Ada yang suka menikmati Raja Buah-buahan ini ketika masih mentah. Ada juga yang lebih suka makanan berasaskan durian. 

Ayah lebih menggemari durian yang dimasak, terutamanya pengat durian. Resepinya sangat mudah. Rasanya juga enak. Boleh dimakan bersama roti, pulut atau lempeng.

Dengan gembiranya saya ke dapur membelah sebiji durian untuk dijadikan pengat. Semoga ayah gembira dengan dessert hari ini.


Pengat Durian


Bahan-bahan:

1 ketul Gula Melaka (dicincang)
1 cawan Santan Pekat
Sebiji buah durian 
Sehelai daun pandan


Cara memasak:
  1. Masukkan durian, santan dan gula melaka ke dalam periuk.
  2. Kacau sehingga mendidih dan kesemua gula melaka cair.
  3. Masukkan daun pandan ke dalam periuk untuk memberikan aroma yang lebih menarik.
  4. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi yang sangat mudah untuk disediakan. Tidak memerlukan masa yang panjang. Selamat mencuba!


Wednesday, June 13, 2012

Holiday time!

Holiday just for two weeks after a long semester. The only time I'll be home and do my experiment on food.

Let's check out what I have cooked for these days.

It will be nice to share. 

Stay tune!




360 Atmosphere KL Tower


A special treat after final exam this semester. It just like a dream I guess. Thanks to my friend for the treat. Its awesome! 


KL Tower. You're looking good at night.


Beautiful scenery from the deck.



I can't help myself when it comes to dessert. They look so tasty.



Lovely.



Sweet.




Tasty.



The food corner.


The lights.



Let sing along.


Mar and me.

Thanks again. I lost my words. really. =)

Dinner Central Committee Aikol Fest '11 @ Seoul Garden, KL Festival City


Attractive advertisement.

Demam "Running Man" membawa team Central ke Seoul Garden di KL Festival City. 
Setiap orang dikehendaki membawa hadiah untuk slot bertukar-tukar hadiah. Malam yang sungguh meriah. Pelbagai makanan, aksi dan warna. Bagaikan tempat itu kami yang punya.





Pose sambil barbeque ni. 


Jemput makan.



Meja sebelah yang asyik mengunyah.


Mari saya tolong ambilkan, nak yang mana?



Birthday girls and boy.


Cake pecan butterscotch from Secret Recipe.



Hadiah untuk bertukar-tukar.



Susunan pinggan-pinggan kosong di atas meja.



The whole Central team for Aikol Fest '11.




Boys.


Girls.

A memorable moment to be treasured. Thanks to all of you for the cooperation along the programme. May Allah bless all of us. 

Tuesday, June 12, 2012

Exco GPMS UIAM Dinner @ Flaming Steamboat

Dinner at Flaming Steamboat with Exco GPMS UIAM 2011/2012. Penaja utama makan malam ini ialah Brother Mohd Nazmi. Terima kasih daun keladi, terima kasih belanja kami.




Makan. Makan dan makan lagi.



Penuh meja dengan pinggan.



Ceria.



Sedap kuah ni.



Apa isu tu? Kuah tak cukup ke? 


Tenure 2011/2012 sudah pun tamat. Terima kasih atas semua kerjasama sepanjang bersama. Suka, duka. tawa dan tangis sentiasa menjadi ingatan. Semoga semuanya menjadi insan cemerlang dan terus maju di arena masing-masing di dunia dan akhirat. 

Dinner for Committees GPMS UIAM : Program Pagoh


Persiapan sebelum majlis barbeque di malam hari.........pada waktu petang...


Fresh vegetables...awesome!


Pemerap ayam... Chef Faezzah...


Pemerap sosej... Chef Enani...


Pemotong sayur... Chef Atiqah..


Pada sebelah malam, sesi barbeque diadakan di Cafe Kulliyah of Economics. Berganding bahu membakar ayam dan sosej sambil menikmati pemandangan di tepi sungai. Bermacam-macam makanan dihidangkan.



Delicious fruits tart...special ordered for committees..


Kegembiraan menikmati tart.


Half of the committees.


Ayam yang dipanggang oleh mereka.


Sesi penyampaian sijil. YDP baru kepada bekas YDP.



Superb! After dinner activity..photography session..



Appreciation Dinner Aikol Fest '11



Sudah lama berlalu tapi baru berkesempatan nak menulis. Mohon dimaafkan.
Bertemakan "Melayu tak hilang dek zaman", hampir semua committee yang hadir memakai pakaian Melayu tradisional. Yang lelaki segak bergaya dengan baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok. Mujur tiada yang bertanjak dan berkeris. Yang perempuan cantik berbaju kurung berkain batik.

Jamuan ini diadakan di Azman Hashim Complex. Dekorasi ala-ala melayu melatari dewan. Pemuzik istimewa juga dijemput untuk memeriahkan suasana. Beliau sangat istimewa. Biarpun cacat penglihatan, namun jari-jemarinya sangat pantas bermain alat muzik untuk menghiburkan hadirin. Terima kasih atas hiburan yang menggagumkan.


Chocolate fountain maker... Brother Asyraf Zahari...


Chocolate fountain...yummmy!


Respected guests...


Special ordered cakes.. Aikol Fest 11 Mascot...