Thursday, June 14, 2012

Nasi Minyak Air Sirap

Nasi minyak dan air sirap bagaikan menu wajib di majlis perkahwinan. Mungkin di zaman yang serba canggih dan moden ini banyak menu lain menjadi pilihan namun kedua hidangan ini masih lagi mendapat sambutan. 

Cukup simbolik apabila dalam satu soalan terdapat kata-kata ini, "Bila pula nak merasa nasi minyak kamu?"

Bagi masyarakat Melayu khususnya, pertanyaan seperti ini merujuk tentang perkahwinan. Masyarakat yang sangat kaya dengan kiasan sampai kadang-kadang sukar untuk difahami maksudnya. Anak gadis dan teruna yang sudah mempunyai pilihan hati pasti saja dengan senyum simpul menjawab tanpa ragu-ragu namun bagi yang masih solo hanya jawapan ringkas diberikan. Orang-orang tua menjadikan soalan itu sebagai gurauan apabila bertemu anak-anak muda. Sungguh menarik barangkali. 


Kini nasi minyak dan air sirap boleh didapati di mana-mana kedai  yang menyediakannya sebagai hidangan  untuk makan tengah hari. Tidak seperti suatu masa dahulu, di mana nasi minyak  hanya boleh didapati di majlis kenduri kahwin sahaja. Hal inilah yang menjadikan nasi minyak begitu istimewa.  Walaupun begitu ,tidak bermakna nasi minyak sekarang sudah tidak istimewa. Keistimewaannya tetap kekal apabila dinikmati di rumah pengantin baik di sebelah lelaki mahupun perempuan. 

 Jadi jika selepas ini ada orang bercerita kisah "Nasi Minyak Air Sirap" janganlah anda tertanya-tanya tentang isu apa yang sedang dibincangkan. Saya tidak mempunyai kepakaran tentang resepi memasak nasi minyak jadi perkongsian ini mungkin agak terhad. Bagi saya, secara peribadi, nasi minyak dan air sirap sangat enak dinikmati. Namun apabila soalan tentangnya diajukan kepada saya maka dengan mudahnya saya hanya mendiamkan diri dan tersenyum. Tidak mahu memberi sebarang komen. 

2 comments:

incek.loyer said...

tanda2 awal aku bakal merasa nasik minyak ko ke ni dada?

mohon cepat sikit ye :)

hidayah said...

wah...wah....ahemmm...nti la..sy belum jumpa lagi calonnya..nti tiba masanya..kite jemput la ye... :)