Tuesday, May 12, 2009

khAsiat mAkanAn....

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.


Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam

Monday, May 11, 2009

kEnapA mAkanAn??

Pasti ada yang tertanya-tanya kenape aku pilih makanan sebagai tema blog aku nie..


Jawapannya cukup simple...
kerana makanan dan manusia tidak boleh dipisahkan selagi manusia tu idup..


Selain tu, makanan ni unik..ada macam-macam jenis..makanan jugak boleh memberi gambaran identiti sesuatu negara dan kaum..contohnye....
Kalau kita cakap sushi pastinye negara Jepun sudah terbayang di minda..
Lemang atau ketupat beserta rendang sememangnye cukup sinonim dengan orang Melayu..
Kuih Bulan pula terkenal di kalangan masyarakat Cina..
Masyarakat India lebih menggemari dhal dan tosai..
Pizza dan pasta dari Itali juga terkenal seantero dunia..
Menarik kan??



Pada aku la...secara personal..
Kita boleh mengenali budaya sesuatu kaum or negara melalui makanannya..
Kita boleh kenal personaliti seseorang melalui makanannya..
Kita boleh ingat orang tersayang bile kita tengok makanan yang digemarinye..
Kita boleh tunjukkan kasih sayang melalui masakan kita..
Ada kaitan dengan makanan kan??
Sebab tu la aku lebih senang bercerita tentang pengalaman idup aku bila mengaitkannya dengan makanan..

Setiap individu ada pendapat sendiri..
Share la pendapat korang dengan aku yea??

Sunday, May 10, 2009

mOthEr's dAy spEciaL

"Kasihmu ibu membawa ke syurga.."

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ...mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.002) Tolong jaga adik : RM4..003) Tolong buang sampah : RM1.004) Tolong kemas bilik : RM2.005) Tolong siram bunga : RM3.006) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.



**pesanan: keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa...jgn tggu smpai mereka xde baru nk menyesal..kelak neraka menanti dan hidup x harmoni...zaman sekarang Allah balas semuanya 'cash'...ari nie kite lupe mak kite...jgn terkejut kalo esok...anak kite lupekan kite plak...fikirkanlah wahai insan yg mempunyai hati...wassalam...

Saturday, May 9, 2009

oh sEcrEt rEcipE.....





Kalo bercerita tentang Secret Recipe..mesti kita dah membayangkan pelbagai jenis kek yang menjadi kegemaran ramai...keenakkannya mula menerjah rongga tekak...
Bagi aku..secret recipe memberikan banyak memori indah dalam idup aku...
Masa sambut birthday yang tersayang tahun lepas..kami menikmati Chocolate Indulgence bersama orange juice..romantik tau..


nie la kek yang Kak Sha bagi...
Masa birthday aku tahun nie pulak..Kak Sha (my roomates) buat surprised dengan Chocolate Indulgence jugak..siap letak lilin plak tu..comel sangat..terharu rasenye...malam-malam bute aku habiskan kek tu..terasa kelazatannya sehingga menjilat sudu..



Tak dilupakan sepupu kesayangan aku..Kak Olie..masa mengandungkan anak sulung die dulu..kalo tak silap time awal-awal mengandung..beria-ia ajak aku makan kat secret recipe..cheese kek memang kegemaran kami..



x kira la..classic cheese cake, rasberry cheese cake, blueberry cheese cake dan kek-kek lain yang ada cheese..pantang jumpa..mesti nak beli....

Then..

Masa pergi Pesta Buku Antarabangsa K.L dengan Ain baru-baru nie...singgah pulak kat restoran secret recipe..Kami menikmati juice dan kek di situ sebelum meneruskan perjalanan ke PWTC..orang kata nak kenyang makan nasi..tapi kami nie..makan kek pun bole kenyang..sedap taw..hilang selera kat makanan yang lain..




Mungkin lepas aku tulis post nie...nak keluar pergi cari kek secret recipe...hahaha...terasa nak makan pulak..

mY favOurite rEcipE

aku memang suke makan...suke masak jugak...tapi disebabkan aku duduk kat asrama dari form 1 sampai form 5..then continue pulak dengan foundation..seterusnye
degree....so..memang la terbatas untuk aku belajar memasak baik dari mak atau
pun sape2...walau camne pun..aku suke cream karamel..hihi..tapi bile aku buat (masak) mesti aku yang dapat makan paling sikit..

nie aku nak share recipe die dengan korang..

nanti try la..


Cream Caramel

Bahan-Bahan:

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan untuk sos:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.




Cara penyediaan:
Sos (Caramel):
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.



Puding:
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan air.Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit. Sedia untuk di hidangkan.

*Sejukkan sebelum dihidang.
Roti (khubz)


Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.


Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Friday, May 8, 2009

Kak Nina dan donut-donutnye.....

Tanggal 26 Februari 2009 telah genaplah umur Kak Nina menjadi 21 tahun....
Selaku teman sejati, rakan-rakan sekuliahnye telah pun merencanakan sesuatu...
yang berada di luar kemampuan otaknye untuk meramalkan...


Pada malam tersebut....
21 biji donut yg didatangkan khas dari Dunkin Doughnut (beli sendiri bukan sponsor) telah disusun semolek-moleknye di atas sebuah meja di bawah sebuah wakaf...


Inilah donut-donut yang disusun menjadi bulatan..
macam jam gitu..
siap smile lagi...

Aku dan Alia...
menunggu kehadiran Kak Nina yang dijemput oleh Diba dan Sheril..


Lilin-lilin dinyalakan bagi menerangi kawasan tersebut..
cantik dan romantik sekali..
selain aku, Alia, Ain, Diba dan Sheril..ada lagi teman-teman lain yang turut serta..
Asiah, Me'ah, Dayah Brunei, Shaza...


Sementara itu...
Di bawah susur gajah.....
Kak Nina yang telah ditutup mata teraba-raba mencari jalan..
sungguh tidak yakin untuk melangkah..
(gambar x sempat nak snap coz terlalu byk ketawa)



Setelah Kak Nina melangkah parit berdekatan dengan wakaf..
Lagu "Happy Birthday" terus dinyanyikan oleh kami..
sejurus itu juga ikatan matanye dibuka..
yang pasti...
Beliau sangat terkejut dengan surprised tersebut..


Maka berjalanlah beliau melihat donut-donut di atas meja..
Ain meminta beliau mengira bilangan donut sebelum makan..
Entah macam mana..
Donut yang hanya 21 biji boleh menjadi 22 dan kemudian 23..
kesian Kak Nina..
Dipermainkan..(jgn marah ye!! Gurau je tu..)
Akhirnye beliau menyerah kalah..
Ain terus menyatakan bilangan sebenar donut dan kami semua ketawa melihat reaksi Kak Nina..


"Kami nak Kak Nina ada keyakinan pada diri sendiri..x dengar ckp org.. "
kata Ain dan Diba apabila ditanye kenapa suruh jln tutup mata dan kire donut-donut tu..


terpancarlah cahaya gembira pada wajahnye yang comel tu..hihi...
Beliau diminta memberikan sepatah dua kata..
(tapi die ckp berpatah-patah)



Kak Nina disuapkan donut oleh Sheril...
yummy...sdapnye.....



Selepas kekenyangan menikmati donut yang banyak..
Ain mengajak kami bermain satu permainan yang dinamakan...
"Eskimo and Polar Bear"


Maka, eskimo-eskimo beramah mesra bersama polar bear..hehe..
Setelah bermain beberapa round,
ternyata Eskimo yang banyak dibunuh oleh Polar Bear yang kejam..
hahaha...


Dengan tamatnye permainan itu, berakhirlah malam meraikan besday Kak Nina...