Monday, June 20, 2011

kEk bAtik..

Rasa sayang tengok butter yang tak digunakan dalam peti sejuk. Terasa nak buat kek, tapi butter tu tak mencukupi. Tiba-tiba teringat pula resepi kek batik. Mudah dan senang. Bahan-bahan lain memang dah sentiasa ada di rumah. Sukanya!!


Kek Batik

Bahan-bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan Milo
1 tin susu pekat
200g butter atau mentega
1 pek biskut Marie


Cara-cara menyediakan:
  1. Panaskan periuk. Kemudian masukkan butter ke dalam periuk. Biarkan sehingga cair sepenuhnya.
  2. Masukkan serbuk koko, Milo dan susu pekat. Kacau supaya tidak bergentel.
  3. Apabila semuanya sebati, padamkan api. Masukkan biskut Marie yang telah dihancurkan ke dalam adunan dan kacau rata.
  4. Setelah itu, masukkan adunan di dalam loyang. Padatkan adunan dan sejukkan di dalam peti sejuk.


Inilah hasilnya setelah disejukkan.


***Kurangkan susu jika tidak mahu terlalu manis.

Tuesday, April 19, 2011

Resipi Masa Berkhemah??

Beberapa bulan lepas, saya ada menyertai perkhemahan wajib untuk subjek Recreation 1. Seronok sekali. Setiap kumpulan bebas untuk menentukan menu masing-masing. Pelbagai juadah disediakan sepanjang perkhemahan. Ada kumpulan yang menyediakan spagetti sebagai santapan. Bagaikan ada pesta di tapak perkhemahan apabila tiba waktu memasak. Semua mengambil bahagian tidak kira lelaki ataupun perempuan. Semangat kerjasama dan setiakawan terlihat di mana-mana.

Resipi sarapan pagi kumpulan saya pada hari pertama ialah sandwich telur dan sardin. Sarapan pada hari kedua pula ialah cucur ikan bilis bersama kentang, cili dan bawang. Sungguh menyelerakan. Ini resipinya.


CUCUR IKAN BILIS BERSAMA KENTANG, CILI DAN BAWANG

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
3 biji kentang
5 biji lada merah
2 biji bawang besar
150 g ikan bilis
1 jag air
Garam secukup rasa

Cara membuat:

  1. Hiris lada merah dan bawang besar. Kentang dipotong dadu.
  2. Masukkan tepung ke dalam bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit. Gaulkan bersama sehingga menjadi adunan lembut.
  3. Masukkan sedikit garam. Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan lada merah, kentang, ikan bilis dan bawang besar. Gaulkan bersama.
  5. Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan adunan dengan menggunakan sudu ke dalam kuali. Goreng adunan tadi sehingga kekuningan.
  6. Hidangan ini boleh dihidangkan bersama sos.

Selamat mencuba!! Resipi semasa berkhemah ini..



Friday, April 15, 2011

Sayur Campur dengan Sos Tiram

Resipi untuk musim cuti ni lebih banyak kepada lauk-pauk. Maklumlah, lauk-pauk ni boleh dimakan bersama nasi setiap hari. Harap semua gembira dengan perkongsian ini.


Sayur Campur dengan Sos Tiram

Bahan-bahan:

  • 100g Brokoli
  • 100g Kubis bunga
  • Sebatang Lobak merah (saiz sederhana)
  • 200g Cendawan tiram
  • 200g Kacang peas
  • 5 batang Jagung kecil
  • 2 biji Lada merah
  • 1 biji Lada hijau
  • 1 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • 3 sudu besar Kicap manis
  • Sedikit Minyak
  • Secawan Air
  • 1 sudu besar Tepung Jagung


Cara-cara memasak:
  1. Bawang merah dan bawang putih dikisar halus.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang yang telah dikisar ke dalam minyak. Tumiskan sehingga kekuningan.
  3. Masukkan lada merah dan hijau. Kemudian, masukkan sos tiram dan kicap manis.
  4. Tambahkan air. Masukkan lobak merah, kubis bunga dan jagung kecil. Biarkan seminit.
  5. Kemudian, masukkan brokoli. Masukkan cendawan dan kacang peas.
  6. Biarkan mendidih. Campurkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  7. Kacau rata. Sedia dihidangkan.

**Masakan ini menggunakan kicap manis dan sos tiram yang mempunyai rasa masin. Jadi garam tidak diperlukan.

Monday, April 11, 2011

selamat bercuti semua...

Assalamualaikum...salam semua...

Musim cuti kembali lagi. Kali ini lebih panjang. Maka, lebih banyak resipi baru boleh dicuba dan diubahsuai mengikut keadaan. Sebelum bercuti, saya akan pergi ke kedai buku untuk mencari bahan bacaan. Kebelakangan ni, banyak buku masakan telah diterbitkan. Terlintas juga rasa untuk membeli tetapi dibatalkan sahaja kerana saya ingin belajar masakan turun temurun dari nenek dan ibu saya. Lebih 'pure' dan tulen berbanding buku. Resipi mereka harus dipelajari agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Jadi, nantikanlah kemunculan resipi-resipi baru ye!!

Thursday, February 24, 2011

cHeEse cAke...aNothEr vErsion....


Ada macam-macam cara nak buat cheese cake. Boleh pilih ikut suka hati. Saya dapat resepi senang ni dari seorang sahabat. First time dia bagi rasa, terus saya mintak resepi. Memang sangat senang dan cepat. Sedap lagi. Seronok rasanya bila tengok orang lain suka makan apa yang kita masak.



CHOC CHIP CHEESE CAKE


Bahan-bahan:

1 tin kecil susu pekat
250g Philadelphia Cheese
1 pek salt cheese biscuit
100g coklat chip


Cara penyediaan:
  1. Pukul cheese sehingga lembut bersama susu pekat.
  2. Patah-patahkan biskut.
  3. Masukkan biskut ke dalam adunan cheese tadi dan gaulkan. Kemudian masukkan coklat chip. Gaulkan hingga sebati.
  4. Setelah itu, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan sedikit.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk semalaman dan sedia untuk dimakan.

Senang je kan? Apa lagi, bolehlah cuba lepas ni.
Selamat mencuba!!


Kek yang dah dipotong kecil-kecil.


Kek hari jadi untuk kawan adik saya yang datang bermalam kat rumah saya. Topping atas tu guna milo dengan gula manik-manik. Simple.