Sunday, November 21, 2010

aZrinA's BirtHdAy..




Syuhada dan aku...


Nabila dan Azrina...

Aku dan muffin...sedap tu....



Azrina's Birthday...


Kami buat surprise di Pizza Hut Wangsa Maju pada 15 Oktober 2010.. Kejutan ini dirancang oleh Syuhada, Shafiqa dan Wahida. Aku dan Nabila hanyalah sebagai tukang cover line.


Cerita bermula sejak seminggu sebelum hari lahirnya. Pada asalnya kami merancang untuk menyambut hari lahir Azrina di sebuah restoran. Tetapi disebabkan kekurangan bajet. Hasrat tersebut telah dibatalkan. Kami mengambil keputusan untuk menyambutnya di Pizza Hut sahaja.


Aku mengajak Azrina ke Pizza Hut dengan alasan dah lama tak makan piza. Aku juga memberitahunya bahawa Nabila ingin turut serta. Dia tidak mengesyaki apa-apa langsung dan ini memudahkan kerja kami sebagai tukang cover line.


Apabila tiba di Pizza Hut, kami terus duduk di meja panjang. Kalau tak silap, meja untuk 12 orang. Dia masih tidak mengesyaki apa-apa. Kami hampir kantoi kerana abang waiter sangat tidak pandai cover line. Dia asyik berkata, "Meja ni untuk 12 orang..Sila pindah ke meja lain.."
Akhirnya Nabila bersuara dan meminta waiter lain served di meja kami. Fuuhhh..selamat..


10 minit kemudian Syuhada, Shafiqa dan Wahida sampai di restoran tersebut bersama 3 orang kawan yang lain. Aku berpura-pura keluar dengan menyatakan ingin mengambil sesuatu di dalam kereta.


Kami masuk bersama-sama dengan membawa belon dan muffin. Azrina sangat terkejut dan hampir menangis. Lagu "Happy Birthday" versi remix berkumandang di dalam restoran itu tidak lama kemudian.


Keseronokan tergambar di wajah masing-masing. Surprise party yang simple tapi masih cool dan menarik. Semoga ia mampu menjadi kenangan buat Azrina sampai bila-bila.






No comments: