Thursday, November 18, 2010

kEk bUaH kUkUs

"Kakak try la buat kek buah kukus..ibu dah try tahun lepas tapi tak jadi la..kakak kan cuti lama..." kata ibu kepadaku.

"Ye la ibu....nanti kakak cuba..." balasku. Dengan ligat otakku berfikir kat mana aku nak cari resipi. Kek buah kukus untuk ibu sempena hari raya.

Aku pun terus bertanya pada makcikku. Nasib baik dia mempunyai resepi kek tersebut. Riang ria hati untuk mencuba kali pertama. Alhamdulillah percubaan kali pertama membuahkan hasil. Disebabkan kejayaan itu, aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan resipi kek buah kukus ini.


Kek Buah Kukus

Bahan-bahan

1 kotak buah campur
300g tepung gandum
250g mentega/marjerin/butter
150g gula (untuk gula hangus)
150g gula castor
3 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh vanila

Cara membuat

  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Gaul buah-buahan campuran bersama tepung. Masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau hingga sebati.
  3. Masak gula hingga keperangan kemudian tuangkan panas-panas ke dalam adunan mentega tadi.
  4. Masukkan vanila. Kacau rata. Kemudian tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan mentega.
  5. Kukus selama 4 jam.




Inilah hasil selepas empat jam dikukus. Sedap dan tahan lama.


**Tips:
  • Sebelum buah-buahan campuran dimasukkan ke dalam tepung, bakar dahulu buah-buahan campuran selama seminit dengan suhu 150 darjah Celcius. Ini untuk mengeringkan sedikit buah tersebut dan mengelakkannya dari termendap di bahagian bawah kek.
  • Semasa kek dikukus, bahagian atasnya hendaklah ditutup. Ini untuk mengelakkan air masuk di bahagian atas kek tersebut.

4 comments:

daniel yusof said...

kena try nih =)

hidayah said...

harus try daniel...hehehe..tp baik2 masa masukkan gula hangus dlm adunan 2...nk kna cepat..kalo x nti die keras..hehe..

AnahusNahoj said...

saye dh bakar dulu dh buah2 tu tp bile kek 2 masak die still kat bwh lg... huhuhu camner wak???

hidayah said...

owh....mse msukkan buah tu gaul rata x? tp buah 2 jgn kering sgt jugak..hehe...cube buat sekali lg awk,...hehe..