Saturday, November 20, 2010

kUih kAmpUnG...buAh mElakA


Kuih kampung selalu je dijual di gerai-gerai makan untuk sarapan pagi dan minum petang.
Tapi...Apa kata sekali-sekala cuba buat sendiri..
Apa yang best nya time buat kuih kampung ni?
Kalau mak ada..confirm dia akan duduk bersila kat dapur sekali sambil bercerita tentang zaman kanak-kanaknya. Ayah pula akan jeling-jeling je..bila la kuih nak siap..
Di samping memasak untuk makan, kita juga dapat mengikat ikatan kekeluargaan.


Buah Melaka
(resipi ibu)

Bahan-bahan

1 kg tepung pulut
1 biji kelapa (saiz sederhana - dikisar)
2 cawan air pandan
2 cawan air
1 ketul gula melaka
Sedikit garam

Cara membuat

  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk dan kemudian masukkan air pandan. Gaul tepung hingga sebati. Tambahkan air perlahan-lahan dan gaul lagi.
  2. Masukkan sedikit garam. Gaul tepung sehingga menjadi doh.
  3. Potong gula melaka kecil-kecil.
  4. Bentukkan tepung bulat-bulat dan masukkan gula melaka di tengah-tengah.
  5. Didihkan air. Kemudian rebus doh yang telah dimasukkan gula melaka. Kacau supaya tidak melekat.
  6. Tunggu sebentar sehingga kuih itu timbul di dalam air. Setelah itu, golekkan di atas kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.

Selamat mencuba!!

No comments: