Monday, November 29, 2010

LeBaH mAdU

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:
Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu,
dan di tempat ternpat yang, dibuat oleh manusia"
[Surah An-Nahl, ayat:68]





Kandungan Madu Lebah


Sejak jutaan tahun yang lalu lebah telah menghasilkan madu sepuluh kali lebih banyak daripada yang mereka perlukan. Satu-satunya alasan mengapa binatang yang melakukan segala perbuatan dengan penuh cermat dan teliti ini mengeluarkan madu secara berlebi han, adalah agar manusia dapat mem peroleh manfaat daripada madu yang mengandungi ‘ubat bagi manusia' tersebut. Allah menyatakan tugas lebah ini dalam al-Quran:


"Dari perut lebah itu ke luar minuman [madu] yang bermacam macam
warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi
manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar
benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi
orang-orang yang memikirkan."
[Surah An-Nahl,ayat: 69]


Tahukah kita tentang manfaat madu sebagai salah satu sumber makanan yang Allah sediakan untuk manusia me lalui serangga yang kecil ini? Madu terbentuk daripada beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa Serta bahan mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin BI, B2, C, B6 dan B3 yang kandungannya berubah ubah mengikut kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dihirup oleh lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, yodium dan zink dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.





Madu Sebagai Ubat


Sebagaimana firman Allah SWT, madu adalah ‘ubat yang menyembuhkan bagi manusia'. Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang her temu pada Persidangan Apikultur Sedunia [World Apiculture Conference] yang diadakan pada tanggal 20-26 September 1993 di China. Dalam persidangan tersebut dibincangkan pengubatan den gan menggunakan ramuan yang berasal daripada madu.

Para ilmuwan Amerika mengatakan bahawa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis [getah lebah] dapat mengubati pelbagai penyakit. Seorang doktor asal Belanda mengatakan bahawa ia telah menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, dan 2002 dari 2094 pasakitnya dapat dipulih kan. Manakala seorang doktor yang berasal dari negara Poland juga mengatakan dalam persidangan tersebut bahawa getah lebah [bee resin] dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti buasir, penyakit kulit, dan pelbagai penyakit lainnya.


Demikianlah kemajuan teknologi pelbagai kebesaran yang telah Allah SWT firman lebih 1400 tahun lalu di dalam al-Quran. Sesungguhnya terlalu banyak ilmu yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al- Quran telah dibuktikan kebena rannya oleh sains pada hari ini. (Sumber Filem Dokumentari Architech in Nature)





Lebah memberikan madu yang baik, dengan cara yang baik iaitu tidak merosakkan bunga, malah membantu proses pendebungaan, dan lebah hanya memakan makanan yang baik
sahaja (sari bunga)





Rahsia Kantung Segi Enam


Kesimpulan mereka, cara terbaik untuk membangun gudang simpanan dengan kapasiti terbesar adalah dengan membuat dinding berbentuk segi enam. Andaikan lebah membuat sarang penyimpan tersebut dalam bentuk silinder atau seperti prisma segi tiga, maka akan terbentuk 'gap' [celah] antara kantung yang satu dengan yang lain, dan lebih sedikit madu tersimpan di dalamnya.Walaupun kantung madu yang ber bentuk segi tiga atau persegi biasa sahaja tentu ticlak menimbulkan celah, tapi di sini ahli matematik menyedari satu hal terpenting. Daripada semua bentuk geometri tersebut yang mempunyai sisi luar paling kecil adalah segi enam. Ker ana alasan inilah walaupun bentuk ini menutup kawasan yang sama, material yang diperlukan segi enam lebih sedikit dibandingkan dengan bentuk segi yang lain atau segi tiga. Tegasnya suatu kantung segi enam adalah bentuk terbaik untuk mendapatkan kapasiti penyimpanan terbesar dengan bahan binaan dari lilin dalam jumlah yang minimum.


Membangun Sarang daripada yang Berbeza


Hal lain yang mengagumkan dari pada lebah madu adalah kerjasama di antara mereka dalam membuat katung kantung madu ini. Apabila seseorang mengamati rumah lebah yang telah sempurna, mungkin dia berfikir bahawa rumah tersebut dibuat dengan cara melakukan pada satu arah atau satu blok. Padahal sebenarnya lebah-lebah memulai membuat rumahnya daripada arah atau blok yang berbeza-beta. Ratu san lebah membangun rumahnya dari ti ga atau empat titik permulaan yang ber beza. Mereka meneruskan penyusunan binaan tersebut sehinggalah bertemu di tengah-tengah. Setelah selesai, tidak nampak wujudnya ketidakserasian ataupun tompok-tompok yang tidak selaras pada sarang tersebut. Manusia tentu tak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa perhitungan geometri yang, rumit. Tetapi lebah dapat melakukannya dengan mudah.


Lebah juga cermat menyamakan besar sudut antara satu rongga dengan yang lainnya. Suatu rongga dengan rongga di belakangnya didirikan dengan kecon­dongan 13 darjah dari permukaan rata. Kecondongan ini mencegah agar madu tidak mengalir keluar atau tumpah. Di belahan bumi mana pun kita pergi, kita akan menemukan kejayaan lebah selalu mengaplikasikan design arkitek yang luar biasa ini dengan sempurna. Mereka juga berjaya melakukannya pada baha gian-bahagian sarang yang paling dalam dan dalam keadaan gelap-gelita apabila sinar matahari tidak dapat memasuki sarang yang sedang dibina tersebut.



Adalah fakta yang sangat menarik di sini, lebah madu menunjukkan sifat yang luar biasa ini daripada Sejak mereka lahir lagi. Anak lebah tidak memerlukan masa untuk belajar atau mengamati struktur dan kecondongan katung-kantung madu mereka. Sejak pertama kali membuka mata, mereka telah memiliki kemampuan untuk melakukan tugas seumpama ini. Lalu siapakah yang mengajarkan pa da lebah-lebah ini tentang seni dan reka bentuk sarang yang unik ini?



Rahsia perilaku luar biasa daripada lebah tersebut merupakan ilham atau wahyu yang diberikan oleh Allah kepada lebah. Dan hal itu berlaku kepada semua makhluk hidup, tidak hanya pada lebah.

Contohilah lebah...banyak memberi kebaikan kepada semua...

No comments: