Tuesday, June 22, 2010

mUsiM dUriAn....


Durian...oh durian...Musimnya tiba lagi....
Mari kita ketahui apakah khasiat Raja Buah ini...





Durian merupakan tanaman buah berupa pohon. Sebutan durian berasal dari istilah Melayu iaitu dari perkataan duri yang diberi akhiran -an sehingga menjadi durian. Kata ini digunakan untuk menyebut buah yang mempunyai kulit berduri tajam. Tanaman durian berasal dari hutan Malaysia, Sumatra dan Kalimantan. Penyebaran tanaman ini ke negara Thailand, Burma, India dan Pakistan telah berlaku pada zaman dahulu. Buah durian sudah dikenali di Asia Tenggara sejak abad ke 7.


APAKAH KHASIAT RAJA BUAH INI?

BUAH : untuk mencegah jeragat dari extensic aging (faktor penuaan dari luar) meningkatkan tekanan darah(zat besi),buah dan akarnya berkhasiat untuk mengatasi bengkak, penyakit kulit, dan penyakit kuning.
KULIT : dapat digunakan sebagai ubat nyamuk, untuk mengubati ruam pada kulit (sakit kurap) dan susah buang air besar (sembelit). Kulit buah ini biasanya dibakar dan abunya digunakan dalam ramuan untuk melancarkan haid. Selain itu kulit durian dapat dipakai sebagai bahan abu gosok yang bagus, dengan cara dijemur sampai kering dan dibakar sampai hancur.
DAUN : Air rebusan daun durian di Malaysia digunakan sebagai antipiretik (pereda demam). Deskripsi tentang khasiat durian itu tercatat dalam kumpulan tulisan Burkill dan Haniff tahun 1930. Caranya, jus daunnya ditempelkan di dahi atau air rebusan daunnya diminum.

Di Jawa, durian diyakini memiliki kualiti sebagai afrodisiak. Di beberapa negara di Asia, durian dipercayai memiliki kebolehan yang menyebabkan perpeluhan yang banyak. Pengidap tekanan darah tinggi dan wanita hamil digalakkan untuk memakan durian kerana faktor ini.

Pada abad ke-18 Rumphius menyarankan untuk tidak minum alkohol sehabis makan durian kerana boleh menyebabkan nafas berbau dan gangguan pencernaan. Pada tahun 1981 J.R. Croft menulis dalam Bombacaceae: In Handbooks of the Flora of Papua New Guinea rasa tidak nyaman atau sakit terjadi jika makan durian dan minum alkohol secara berdekatan.


KANDUNGAN GIZI??

Sodium, karbohidrat, serat, protein, kalsium, fosfor, karoten, potasium, zat besi, vitamin c, thiamin, niacin, riboflavin.Setiap 100 g salut biji mengandung 67 g air, 28,3 g karbohidrat, 2,5 g lemak, 2,5 g protein, 1,4 g serat; serta memiliki nilai energi sebesar 520 kj. Durian juga banyak mengandung vitamin B1, B2, dan vitamin C; serta kalium, kalsium, dan fosfor.

Sunday, June 13, 2010

pErtEmUan F117 di mId vaLLey mEgAmALL


Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan.

Ketika sedang melihat gambar-gambar di dalam album sewaktu zaman persekolahan. Tiba-tiba memori indah bagaikan menari di birai ingatan.

F117 di Blok F MRSM TGB pernah menjadi saksi kehidupan 4 orang gadis yang terdiri daripada Zaira, Daeya, Arina dan Izyanee. Kehidupan kami sangat ceria dan gembira walaupun kadang kala kami bergaduh. Alangkan lidah lagi tergigit inikan pula kawan-kawan.

Tatkala mendengar berita Zaira akan 'terbang' ke Australia untuk melanjutkan pelajaran, Arina terus menghubungi saya untuk mengatur satu pertemuan. Maklumlah, kami memang tidak pernah berkumpul bersama selepas tamat persekolahan.

Rancangan yang diatur berjalan lancar. Kami bertemu di Mid Valley pada 7 Februari 2010. Masing-masing kelihatan berbeza dengan gaya tersendiri. Kami pun memutuskan untuk memilih Pizza Hut sebagai tempat untuk makan. Pelbagai makanan dipesan sebagai hidangan lunch kami. Seronok rasanya apabila dapat berkongsi cerita setelah beberapa tahun tidak melepak bersama-sama.

Selepas menjamu selera, kami bertukar-tukar hadiah sebagai tanda kenangan.
Semoga semuanya gembira dengan pertemuan kali ini.

Gambar-gambar sekitar pertemuan kami.


Kek Blueberry dari King's Confectionery.


Keceriaan tergambar setelah lama tidak melepak bersama.


Hidangan kami pada hari pertemuan F117.


Arina leka menikmati hidangan di hadapannya.


Kek sempena meraikan ulang tahun Izyanee dan sebagai tanda ucapan tahniah kepada Zaira yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia.


Inilah kami selepas hampir empat tahun tidak berkumpul bersama.
Bertudung hijau ialah Izyanee dan di sebelahnya ialah Zaira.
Berbaju polka dot ialah Arina dan disebelahnya ialah Daeya.
Kenangan F117 di MRSM TGB tetap segar dalam ingatan kami.

Friday, June 11, 2010

piaLa dUniA daN kEdAi mAmAk

Piala Dunia yang berlangsung empat tahun sekali amat dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di seantero dunia. Setiap orang memiliki pasukan kegemaran mereka. Pada tahun 2010, Afrika Selatan telah menjadi penganjur untuk sukan berprestij ini. Pasukan tuan rumah juga telah menjadi pasukan pertama yang melangsungkan perlawanan dengan pasukan dari Mexico.

Di Malaysia, perlawanan bola sepak Piala Dunia mengundang satu fenomena di mana para peminat biasanya akan berkumpul beramai-ramai dan menyaksikannya bersama. Ada juga yang menyaksikannya di rumah namun pasti suasananya berbeza. Lokasi popular untuk menonton perlawanan ini ialah di kedai makan yang digelar "Kedai Mamak".

Bagaikan sudah menjadi satu budaya, makan sambil menonton perlawanan secara langsung, sajian utama di kedai mamak seperti roti canai dan teh tarik pasti dipesan untuk santapan. Sorak sorai juga bergema tatkala gol dijaringkan.

Tanpa disedari, sukan bola sepak ini mampu menjana perasaan muhibah antara kaum. Perkenalan yang bermula di kedai mamak ketika menyaksikan bola sepak bersama-sama ada kalanya membawa kepada perkongsian idea dan perniagaan. Pelbagai kaum duduk bersama di kedai mamak untuk menonton perlawanan yang berlangsung. Kemeriahannya bagaikan satu pesta yang diraikan.

Tuesday, June 8, 2010

wAniTa dAn gAdis...aPa kAmu pErLu tAhu?


Ada masanya wanita dan gadis mengalami sedikit gangguan emosi setiap bulan. Kadang kala mereka tidak menyedarinya tetapi orang di sekeliling pasti menyedarinya. Situasi ini disebabkan kedatangan haid. Bagi sesetengah gadis, apabila kedatangan haid, seluruh badan tidak selesa malah mood juga tidak menentu.

Namun adakah kamu tahu faktor pemakanan juga mempengaruhi mood kamu ketika haid?

Kali ini saya akan berkongsi tentang makanan yang perlu dielakkan dan digalakkan ketika sedang mengalami haid.



Makanan yang digalakkan ketika haid



  • Makanlah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang tinggi dengan kalsium magnesium. Sayur dan buah mampu mengenyangkan dan mengelakkan dari rasa lemah.
  • Asid lemak seperti Omega 3 yang boleh didapati dalam minyak ikan. Ia mengandungi unsur anti radang yang mampu melegakan sakit ketika haid.
  • Jika sebelum ini, kamu selalu mengambil tiga hidangan, kini kamu digalakkan untuk memecahkannya kepada beberapa hidangan dalam sehari. Cara ini dapat membantu kamu dalam memenuhi keperluan nutrisi dan perut kamu tidak terganggu.


Makanan yang perlu dielakkan ketika haid


  • Daging dan produk tenusu yang mengandungi asid arachadonic yang meningkatkan pengeluaran prostaglandisn iaitu penyebab senggugut.
  • Elakkan minuman seperti kopi, teh, minuman bergas dan coklat yang akan menyebabkan kamu rasa gusar dan tidak selesa.
  • Makanan ringan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Makanan ini akan menyebabkan tubuh menyimpan cecair dan menyebabkan perut kamu kembung.
  • Elakkan makan makanan awet beku dan makanan segera atau yang mengandungi zat kimia.

Thursday, June 3, 2010

JuLiE aNd JuLiA


Julie and Julia merupakan sebuah drama komedi yang telah ditulis dan diarahkan oleh Nora Ephron. Filem ini berasal dari Amerika Syarikat dan telah ditayangkan pada tahun 2009.

Apa yang menarik tentang filem ini?

Filem ini mengisahkan seorang kakitangan Lower Manhattan Development Corporation yang berurusan dengan waris mangsa tragedi 11 September. Julie Powell mengambil keputusan untuk mencabar dirinya sendiri pada tahun 2002 dengan mencuba setiap resepi dari buku masakan yang ditulis oleh Julia Child berjudul "Mastering the Art of French Cooking" yang diterbitkan pada tahun 1961. Beliau akan menyediakan komentari di dalam blog setiap kali menyediakan resepi baru. Beliau mensasarkan masa setahun untuk mencuba 524 resepi yang terdapat di dalam buku tersebut dan mencatatkan semua pengalaman beliau di dalam blog.

Kisah Julia Child diselitkan ketika Julie Powell menulis komentari di dalam blognya. Persamaan kedua-dua watak turut diutarakan oleh pengarahnya. Julie dan Julia mendapat sokongan penuh dari suami masing-masing untuk meneruskan hobi mereka iaitu memasak. Namun, suami Julie mula terasa apabila dirinya diabaikan oleh isterinya yang taksub dengan hobi tersebut dan meninggalkan Julie beberapa hari.

Usaha Julie membuahkan hasil apabila blog beliau menjadi tumpuan para wartawan , penulis, karyawan dan Julia Child sendiri setelah disiarkan di dalam New York Times. Pada asalnya karya Julia Child telah ditolak oleh penerbit Houghton Mifflin namun syarikat penerbitan lain telah menerimanya dan ia telah diterbitkan oleh Alfred A. Knopf. Kejayaan Julia menerima naskah pertamanya telah disambut bersama suami tercinta.

Pada pendapat saya, setiap watak dalam filem ini memaparkan kegigihan dan kecekalan untuk belajar apa yang mereka minati. Walaupun pada awalnya agak sukar bagi mereka menyesuaikan diri namun semuanya dapat diatasi dengan sokongan suami tersayang. Memasak merupakan satu seni yang boleh dipelajari oleh semua orang. Ia juga boleh divariasikan mengikut cara yang tersendiri. Terima kasih kepada Daniel kerana memberi saranan kepada saya untuk menonton filem ini.

"Masakan adalah asas kepada variasi makanan"


Antara babak-babak dalam filem ini

Julia Child lakonan Meryl Streep

Julia gembira dengan masakannya.

Julia menghias kek yang baru siap dibakar.



Julie Powell lakonan Amy Adams


Julie mencabar dirinya untuk memasak lobster.


Julie mencari ilham ketika menulis entri di dalam blog beliau.

mAsAk LeMak ciLi aPi iKaN mAsIn dEngAn nEnAs


Susah juga kalau jadi tukang masak di rumah, setiap hari perlu berfikir,
"Apa aku nak masak makan tengah hari nanti?"

Sesekali online mencari resipi baru sebagai variasi kepada pengetahuan yang sedia ada. Sesekali bertanya nenek atau makcik tentang petua-petua dalam masakan mereka.

Nenek pun berkata, "Lama tak makan masak lemak cili api ikan masin dengan nenas..."
Saya pun terus menghidupkan enjin motor dan bergerak terus ke kedai berhampiran untuk mencari ikan masin dan nenas.

Jadi saya rasa mahu berkongsi resipi ini dengan semua. Resipi dari nenek turun-temurun.



Masak Lemak Cili Api Ikan Masin dengan Nenas


Bahan-bahan:
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili api
1 ulas kunyit hidup (bersaiz sederhana)
1 biji nenas (separuh masak)
2 keping isi ikan masin

Cara-cara:
1. Bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api hendaklah dikisar bersama. Batang serai hendaklah dititikkan terlebih dahulu. Nenas hendaklah dipotong kecil-kecil.
2. Masukkan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk dan biarkan sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan santan cair dan kacau perlahan. Masukkan ikan masin yang dihiris kecil-kecil ke dalam periuk.
4. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan. Setelah itu, masukkan daun kunyit dan batang serai.
5. Masukkan buah nenas setelah kuah tadi mendidih buat kali pertama. Kacau perlahan untuk mengelakkan pecah minyak.
6. Biarkan mendidih sekali lagi dan juadah ini sedia dihidangkan.



***Tips Memasak:
- Menurut petua orang tua-tua, masakan akan menjadi lebih pedas sekiranya bilangan cili yang digunakan adalah ganjil.
- Apabila nenas digunakan dalam masakan ini, asam jawa atau asam keping tidak diperlukan kerana buah nenas telah memberi rasa masam ke dalam kuah.
- Garam tidak perlu ditambah lagi kerana ikan masin telah memberikan rasa masin dalam masakan anda.
- Serbuk kunyit juga boleh digunakan sebagai pengganti kunyit hidup.
- Jenis ikan masin yang ingin digunakan bergantung kepada citarasa anda. Ikan masin yang biasa digunakan ialah ikan kapak, ikan sepat, dan ikan tenggiri.

Wednesday, June 2, 2010

puLuT kUniNg tRadiSi mElaYu


Pulut kuning merupakan makanan yang disajikan pada hari-hari istimewa bagi orang Melayu. Contohnya seperti majlis perkahwinan, kenduri dan juga majlis menyambut ulang tahun.
Pulut kuning juga merupakan resipi turun-temurun. Pada zaman dahulu, pulut kuning turut menjadi sajian wajib ketika membuang ancak. Namun amalan ini telah lama ditinggalkan sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu.

Pulut kuning sempena meraikan sambutan Hari Ibu dan YB Senator Hajah Noriah bt Mahat di Dewan Seri Pekembar, Pagoh, Muar, Johor.


Pulut kuning sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.




Resipi Pulut Kuning

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara:

1.Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker

2.Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak.

3.Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis.

4.Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
Selamat mencuba!