Sunday, June 13, 2010

pErtEmUan F117 di mId vaLLey mEgAmALL


Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan.

Ketika sedang melihat gambar-gambar di dalam album sewaktu zaman persekolahan. Tiba-tiba memori indah bagaikan menari di birai ingatan.

F117 di Blok F MRSM TGB pernah menjadi saksi kehidupan 4 orang gadis yang terdiri daripada Zaira, Daeya, Arina dan Izyanee. Kehidupan kami sangat ceria dan gembira walaupun kadang kala kami bergaduh. Alangkan lidah lagi tergigit inikan pula kawan-kawan.

Tatkala mendengar berita Zaira akan 'terbang' ke Australia untuk melanjutkan pelajaran, Arina terus menghubungi saya untuk mengatur satu pertemuan. Maklumlah, kami memang tidak pernah berkumpul bersama selepas tamat persekolahan.

Rancangan yang diatur berjalan lancar. Kami bertemu di Mid Valley pada 7 Februari 2010. Masing-masing kelihatan berbeza dengan gaya tersendiri. Kami pun memutuskan untuk memilih Pizza Hut sebagai tempat untuk makan. Pelbagai makanan dipesan sebagai hidangan lunch kami. Seronok rasanya apabila dapat berkongsi cerita setelah beberapa tahun tidak melepak bersama-sama.

Selepas menjamu selera, kami bertukar-tukar hadiah sebagai tanda kenangan.
Semoga semuanya gembira dengan pertemuan kali ini.

Gambar-gambar sekitar pertemuan kami.


Kek Blueberry dari King's Confectionery.


Keceriaan tergambar setelah lama tidak melepak bersama.


Hidangan kami pada hari pertemuan F117.


Arina leka menikmati hidangan di hadapannya.


Kek sempena meraikan ulang tahun Izyanee dan sebagai tanda ucapan tahniah kepada Zaira yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia.


Inilah kami selepas hampir empat tahun tidak berkumpul bersama.
Bertudung hijau ialah Izyanee dan di sebelahnya ialah Zaira.
Berbaju polka dot ialah Arina dan disebelahnya ialah Daeya.
Kenangan F117 di MRSM TGB tetap segar dalam ingatan kami.

1 comment:

hagil said...

makan je keje..huhu