Thursday, June 3, 2010

JuLiE aNd JuLiA


Julie and Julia merupakan sebuah drama komedi yang telah ditulis dan diarahkan oleh Nora Ephron. Filem ini berasal dari Amerika Syarikat dan telah ditayangkan pada tahun 2009.

Apa yang menarik tentang filem ini?

Filem ini mengisahkan seorang kakitangan Lower Manhattan Development Corporation yang berurusan dengan waris mangsa tragedi 11 September. Julie Powell mengambil keputusan untuk mencabar dirinya sendiri pada tahun 2002 dengan mencuba setiap resepi dari buku masakan yang ditulis oleh Julia Child berjudul "Mastering the Art of French Cooking" yang diterbitkan pada tahun 1961. Beliau akan menyediakan komentari di dalam blog setiap kali menyediakan resepi baru. Beliau mensasarkan masa setahun untuk mencuba 524 resepi yang terdapat di dalam buku tersebut dan mencatatkan semua pengalaman beliau di dalam blog.

Kisah Julia Child diselitkan ketika Julie Powell menulis komentari di dalam blognya. Persamaan kedua-dua watak turut diutarakan oleh pengarahnya. Julie dan Julia mendapat sokongan penuh dari suami masing-masing untuk meneruskan hobi mereka iaitu memasak. Namun, suami Julie mula terasa apabila dirinya diabaikan oleh isterinya yang taksub dengan hobi tersebut dan meninggalkan Julie beberapa hari.

Usaha Julie membuahkan hasil apabila blog beliau menjadi tumpuan para wartawan , penulis, karyawan dan Julia Child sendiri setelah disiarkan di dalam New York Times. Pada asalnya karya Julia Child telah ditolak oleh penerbit Houghton Mifflin namun syarikat penerbitan lain telah menerimanya dan ia telah diterbitkan oleh Alfred A. Knopf. Kejayaan Julia menerima naskah pertamanya telah disambut bersama suami tercinta.

Pada pendapat saya, setiap watak dalam filem ini memaparkan kegigihan dan kecekalan untuk belajar apa yang mereka minati. Walaupun pada awalnya agak sukar bagi mereka menyesuaikan diri namun semuanya dapat diatasi dengan sokongan suami tersayang. Memasak merupakan satu seni yang boleh dipelajari oleh semua orang. Ia juga boleh divariasikan mengikut cara yang tersendiri. Terima kasih kepada Daniel kerana memberi saranan kepada saya untuk menonton filem ini.

"Masakan adalah asas kepada variasi makanan"


Antara babak-babak dalam filem ini

Julia Child lakonan Meryl Streep

Julia gembira dengan masakannya.

Julia menghias kek yang baru siap dibakar.



Julie Powell lakonan Amy Adams


Julie mencabar dirinya untuk memasak lobster.


Julie mencari ilham ketika menulis entri di dalam blog beliau.

4 comments:

incek.loyer said...

salam~

err, dada..

aku xnmpk pn amnd kaitan makanan ngn citer ni ??

haha~ ;p

hidayah said...

kaitannya ialah....Julie Powell adalah seorang blogger yang menulis setiap pengalaman die sepanjang die try semua resepi dlm buku Julia Child..resepi adalah asas kepada masakan sesuatu makanan..hihi...=)

daniel yusof said...

yeah!!! hidup dada !!!

biarkan e...aku sorg je paham blog ko ;p

hidayah said...

thanks daniel!!! hihi....mari kita berkongsi resepi...hihi...