Friday, November 26, 2010

pUdiNg kArAmeL vErsi uPgrAde



Aku tengok banyak roti kat dapur..nak buat puding roti lah rasenye...tapi malas nak bukak oven...
So, ni la hasilnya..puding karamel versi upgrade...masukkan roti dalam tu...Masa tulis entri ni, aku punye puding karamel masih dalam pengukus lagi...

Tapi nak share jugalah...manalah tahu...ada yang tengah fikir nak buat makanan apa yang lembut-lembut manis...


PUDING ROTI KARAMEL

Bahan-bahan:
1 cawan gula (untuk karamel)
1 sudu tepung kastad
1 tin susu cair
1 tin cocktail (air dan buah diasingkan)
10 keping roti
1 susu esen vanila
1/2 cawan gula

Cara-cara:
  1. Potong roti kecil-kecil dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Masukkan susu cair, air cocktail, tepung kastad, telur dan esen vanila ke dalam bekas tadi.
  3. Gaul semua bahan tadi dan kemudian masukkan gula.
  4. Untuk karamel, masakkan gula hingga kekuningan. Masukkan ke dalam bekas pengukus.
  5. Masukkan adunan roti ke dalam bekas pengukus.
  6. Kukus selama 45 minit.
  7. Hiaskan dengan cocktail semasa dihidangkan.

Senangkan?
Apa tunggu lagi..cubalah resipi ni....

Tekstur dalaman yang lembut dan menyelerakan...


Inilah rupanya selepas dikukus....menarik tak?

2 comments:

zamzam said...

chef dada.. nnt buat bwk uia, pas kat mira ;p

hidayah said...

hehehe...nti mira mkn dlu...hehehe..