Friday, June 11, 2010

piaLa dUniA daN kEdAi mAmAk

Piala Dunia yang berlangsung empat tahun sekali amat dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di seantero dunia. Setiap orang memiliki pasukan kegemaran mereka. Pada tahun 2010, Afrika Selatan telah menjadi penganjur untuk sukan berprestij ini. Pasukan tuan rumah juga telah menjadi pasukan pertama yang melangsungkan perlawanan dengan pasukan dari Mexico.

Di Malaysia, perlawanan bola sepak Piala Dunia mengundang satu fenomena di mana para peminat biasanya akan berkumpul beramai-ramai dan menyaksikannya bersama. Ada juga yang menyaksikannya di rumah namun pasti suasananya berbeza. Lokasi popular untuk menonton perlawanan ini ialah di kedai makan yang digelar "Kedai Mamak".

Bagaikan sudah menjadi satu budaya, makan sambil menonton perlawanan secara langsung, sajian utama di kedai mamak seperti roti canai dan teh tarik pasti dipesan untuk santapan. Sorak sorai juga bergema tatkala gol dijaringkan.

Tanpa disedari, sukan bola sepak ini mampu menjana perasaan muhibah antara kaum. Perkenalan yang bermula di kedai mamak ketika menyaksikan bola sepak bersama-sama ada kalanya membawa kepada perkongsian idea dan perniagaan. Pelbagai kaum duduk bersama di kedai mamak untuk menonton perlawanan yang berlangsung. Kemeriahannya bagaikan satu pesta yang diraikan.

2 comments:

incek.loyer said...

haha~

kot2 mana pn~

dada akn tgok dr sdut mkanan ;p

hidayah said...

hehehe..mestilah..kerana makanan itu sangat sinonim dengan manusia..haaha...