Tuesday, June 8, 2010

wAniTa dAn gAdis...aPa kAmu pErLu tAhu?


Ada masanya wanita dan gadis mengalami sedikit gangguan emosi setiap bulan. Kadang kala mereka tidak menyedarinya tetapi orang di sekeliling pasti menyedarinya. Situasi ini disebabkan kedatangan haid. Bagi sesetengah gadis, apabila kedatangan haid, seluruh badan tidak selesa malah mood juga tidak menentu.

Namun adakah kamu tahu faktor pemakanan juga mempengaruhi mood kamu ketika haid?

Kali ini saya akan berkongsi tentang makanan yang perlu dielakkan dan digalakkan ketika sedang mengalami haid.



Makanan yang digalakkan ketika haid



  • Makanlah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang tinggi dengan kalsium magnesium. Sayur dan buah mampu mengenyangkan dan mengelakkan dari rasa lemah.
  • Asid lemak seperti Omega 3 yang boleh didapati dalam minyak ikan. Ia mengandungi unsur anti radang yang mampu melegakan sakit ketika haid.
  • Jika sebelum ini, kamu selalu mengambil tiga hidangan, kini kamu digalakkan untuk memecahkannya kepada beberapa hidangan dalam sehari. Cara ini dapat membantu kamu dalam memenuhi keperluan nutrisi dan perut kamu tidak terganggu.


Makanan yang perlu dielakkan ketika haid


  • Daging dan produk tenusu yang mengandungi asid arachadonic yang meningkatkan pengeluaran prostaglandisn iaitu penyebab senggugut.
  • Elakkan minuman seperti kopi, teh, minuman bergas dan coklat yang akan menyebabkan kamu rasa gusar dan tidak selesa.
  • Makanan ringan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Makanan ini akan menyebabkan tubuh menyimpan cecair dan menyebabkan perut kamu kembung.
  • Elakkan makan makanan awet beku dan makanan segera atau yang mengandungi zat kimia.

1 comment:

Unknown said...

Makanan yang Harus Dielakan Ketika Haid. (Datang Bulan)
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/06/makanan-yang-harus-dielakan-ketika-haid.html