Wednesday, May 19, 2010

aSaM pEdAs mUar

"Resepi dari nenek kesayangan saya"

Bahan-bahan:

1 ekor Ikan Merah bersaiz sederhana
2 sudu besar cili kering (dikisar halus)
1/4 cawan asam jawa
1 ulas kunyit (yang bersaiz kecil)
1 ulas halia (yang bersaiz kecil)
3 ulas bawang merah (kecil)
2 ulas bawang putih
5 cawan air
2 sudu besar minyak masak
Beberapa tangkai Daun kesum
Garam secukup rasa


Cara-cara:
1) Kisarkan atau tumbuk lumat 2 ulas bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia bersama.
2) Hiriskan seulas bawang merah.
3) Panaskan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bawang yang dihiris sehingga kekuningan.
4) Masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Goreng sehingga naik bau.
5) Masukkan ikan ke dalam periuk dan tambahkan air. Masukkan juga air asam jawa.
6) Tambahkan garam ke dalam kuah dan rasa. Sekiranya terlalu pedas, tambahkan air asam jawa dan sedikit garam lagi. Tambahkan air sekiranya terlalu pekat.
7) Masukkan daun kesum untuk aroma yang lebih memikat. Biarkan mendidih sebelum diangkat.
8) Setelah mendidih, padamkan api dan sedia dihidangkan.



Tips:
* Imbangan antara asam, garam dan kepedasan cili amat penting dalam masakan ini. Ikutlah cita rasa anda.
* Daun kesum boleh digantikan dengan daun kari atau bunga kantan.
* Sayur seperti bendi dan terung juga boleh dimasukkan sebagai tambahan.


Selamat mencuba!

No comments: