Apa yang anda tahu tentang Hari Jururawat Sedunia?
Pasti ada yang tertanya-tanya....
"Ada ke Hari Jururawat? Selalu aku dengar Hari Guru, Hari Pekerja.."
Minggu Jururawat Sedunia diraikan setiap tahun pada 6 hingga 12 Mei. Hari ini diraikan untuk mengenang jasa-jasa jururawat yang berkhidmat dalam masyarakat. Minggu Jururawat telah mula diraikan oleh Persatuan Jururawat Sedunia sejak tahun 1965.
Pada tahun 1974, 12 Mei telah dipilih sebagai Hari Jururawat Sedunia sempena memperingati hari lahir tokoh jururawat Florence Nightingale. Beliau adalah pengasas kejururawatan moden. Walaupun begitu, ada beberapa negara yang memilih tarikh berbeza untuk meraikan Hari Jururawat.
Biar bila pun tarikhnya, jasa mereka seharusnya dikenang kerana banyak berbakti untuk masyarakat dan negara.
Selamat Hari Jururawat buat ibu saya khasnya, dan semua jururawat di dunia.
Sambutan Hari Jururawat 2010 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Ketua Jururawat yang turut sama meraikan Hari Jururawat 2010.
Kek dari staf-staf untuk ibu sebagai Ketua Jururawat. Sedap dan cantik kek ni.
Seronok sekali-sekala meraikan hari istimewa bersama-sama.
No comments:
Post a Comment