Wednesday, May 19, 2010

cHocOlatE mOist cAke

Chocolate Moist Cake

Bahan-bahan

Untuk kek:
●1 cawan gula castor ●1 cawan gula perang ●4 biji telur 
●1 sudu teh esen vanilla ●1 cawan susu segar suam 
●1 1/4 cawan tepung naik sendiri ●3/4 cawan serbuk koko
  • 250g butter

Untuk Chocolate Ganache:
●150g coklat masakan ●1 sudu besar susu pekat manis 
●1/4 cawan air panas ●1 sudu besar butter 


Cara-cara membuat kek

Bahan-bahan untuk membuat kek


Tepung naik sendiri dan serbuk koko yang belum diayak.


Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk koko.


Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul hingga kembang.


Masukkan telur ke dalam mangkuk sebelum dipukul sebiji demi sebiji.


Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang dan gebu.


Masukkan tepung yang telah diayak secara selang seli dengan susu segar dan guna kaedah kaup balik sehingga adunan sebati.


Guna kaedah kaup balik sehingga adunan sebati.


Kukus selama 1 1/2 jam.
* Jika menggunakan loyang. Griskan loyang dengan menggunakan butter sebelum adunan dimasukkan.Bahagian atas loyang hendaklah ditutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari tutup pengukus masuk ke dalam kek.
*Pengukus hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.


Cara-cara membuat chocolate ganache

Potong coklat masakan kecil-kecil.


Masukkan susu pekat, coklat masakan dan air panas ke dalam periuk.


Masak chocolate ganache dengan kaedah double boiler. Kacau sehingga coklat masakan cair.


Padamkan api dan masukkan butter. Kacau sehingga butter cair.


Curahkan chocolate ganache ke atas kek yang telah siap.


Hiaskan bahagian atas kek mengikut kreativiti anda.
*Untuk menghasilkan permukaan kek yang lebih cantik, terlangkupkan bahagian atas kek ke atas pinggan.

Selamat mencuba!
Semua gambar di atas diambil semasa saya membuat kek tersebut.


1 comment:

Luqman said...

aku wat tak jadik la....
video tutor please!! :P